Friday 30 March 2012

BAHASA CERMINAN BANGSA


SITUASI 20
 Alhamdulillah, bersyukur padaMu Tuhan. Kali ini ingin saya kongsikan dengan pembaca kalian. Fokus pada kali ini adalah mengenai bahasa Melayu yang menjadi cerminan bangsa.
BAHASA ialah penyatuan sistem lambang-lambang bunyi yang digunakan sebagai wahana perhubungan untuk menyatakan fikiran, perasaan dan tujuan dalam lingkungan kelompok manusia. Daripada perkataan bahasa dapat diterbitkan beberapa banyak ungkapan tertentu. Ungkapan-ungkapan ini mengandungi pengertian khusus bagi menyatakan sesuatu pula.

Dalam masyarakat Melayu, jika kita berbudi bahasa, sopan dan tahu akan adat resam dikatakan kita berbahasa, yakni tahu menggunakan bahasa yang sesuai pada tempat, suasana, dan konteks. Kita seharusnya tahu memilih bentuk bahasa yang padan apabila berbicara dengan seseorang. Jika berkomunikasi dengan anggota golongan raja, sultan atau kerabat utama raja, walhal kita sebagai pembicara orang biasa, sudah tentu bentuk bahasa dalam yang kita gunakan. Bahasa dalam ialah bahasa halus yang digunakan di istana. Kata-kata seperti patik (saya), tuanku (awak), junjung kasih (terima kasih), santap (makan), gering (sakit), mencemar duli (berangkat), dan sebagainya digunakan sebagai wahana bicara.

Sebaliknya, apabila kita bercakap dengan orang biasa tetapi dewasa, matang usianya, atau terhormat kerana pangkat kedudukan serta tinggi tahap sosialnya, sudah tentu kita akan memilih penggunaan bahasa halus. Kata-kata dalam bahasa halus lembut tidak dirasakan kasar atau yang boleh menyentuh perasaan. Dengan bahasa ini, misalnya, kita mengelakkan penggunaan kata ganti nama aku dan engkau bagi menurujuk diri sendiri dan orang yang dilawan bercakap. Kita sudah tentu menggunakan saya, tuan, Tan Sri, dan seumpamanya. Kita juga berasa janggal menggunakan perkataan mati untuk manusia, tetapi menggantikannya dengan perkataan mangkat (raja), meninggal dunia, atau dengan kiasan sudah pergi atau sudah tiada lagi (orang biasa). Demikianlah betapa perlunya kebijaksanaan kita memilih perkataan yang amat serasi.

Bercakap dengan orang yang dihormati ini tidak molek, kiranya, kita menggunakan bahasa harian sepenuhnya, kerana bentuk bahasa basahan ini mengandungi perkataan dan ayat yang tidak mematuhi rumus tatabahasa baku. Lenggok bahasanya ringkas serta mudah. Ada perkataan tanpa imbuhan, tanpa gandaan, ayat tergantung tanpa subjek, predikat yang tidak sempurna, serta direncahi dengan bahasa daerah/bahasa dialek, yang hanya sesuai digunakan apabila bercakap dengan anggota keluarga atau rakan dalam suasana tidak rasmi. Penggunaan bentuk bahasa basahan ini dapat mewujudkan komunikasi natural, dan hubungan yang intim. Tetapi, apabila bercakap dengan rakan sejawatan atau sejabatan, kita merojakkan bahasa kita (bahasa rojak). Pada suatu ketika kita menggunakan perkataan bahasa Melayu dan seketika yang lain kita menggunakan perkataan bahasa Inggeris/bahasa Arab tanpa menghitung keluhuran tatabahasa.

Akan ada perbezaan pula bahasa yang kita gunakan apabila lawan bicara kita daripada kalangan bangsa asing (orang Cina, India atau Benggali). Atas dasar untuk tujuan pemahaman maksud yang mudah lagi pantas, kesenangan dan kelancaran komunikasi, maka bahasa pasar menjadi wahana. Apabila bahasa kacukan (bahasa pasar) menjadi bahasa perantaraan, sudah pasti bahasanya menyimpang jauh daripada bentuk bahasa baku kerana yang diutamakan ialah pemahaman inti pati bicara dan kelancaran berbahasa.
Bagi kalangan penutur yang rendah martabat sosialnya, bentuk bahasa slanga, yakni salah satu bentuk bahasa terhad menjadi bahasa bicara. Bahasa slanga yang mendapat perhatian sedikit pada masa lampau ialah slanga kutu, yakni bentuk slanga bagi kalangan mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan narkotik. Bahasa ini mengandungi perkataan-perkataan baharu atau perkataan biasa dengan pengertian tertentu. Langgam bahasanya banyak dipengaruhi oleh perkataan atau struktur bahasa asing, khususnya bahasa pasar.

Antara bentuk bahasa slanga ini:

“Itu lu punya pasal. Lu tangkap kawin ke, cintan-cintun ke itu lu punya hal.
Gua tak peduli. Lu nak bikin apa sama gua? Lu mahu sekeh kepala gua? Pigila.”

Lain pula halnya ketika kita berada dalam suasana atau keadaan yang tidak terkawal oleh emosi. Ketika itu, perasaan masa bercakap menjadi penentu bentuk bahasa yang kita pilih. Ghalibnya, dalam keadaan marah, kita hilang pertimbangan dalam berbahasa. Kita menjadi orang yang kurang bahasa atau tak tahu bahasa lalu kita menggunakan bahasa kasar, bahasa yang dianggap tidak sopan atau tidak manis dituturkan. Kekadang, apabila rasa amarah memuncak, kita menggunakan bahasa kesat, bahasa yang lebih rendah tarafnya daripada bahasa kasar. Bentuk bahasa ini mengandungi kata maki hamun yang boleh menyakitkan hati orang lain. Natijahnya, kita akan dianggap orang yang tidak berbahasa lantaran berbicara tanpa budi bahasa. Anggapan ini cocok untuk orang yang seperti itu, kerana bahasa menunjukkan bangsa, dan bahasa jiwa bangsa pembicara.


Thursday 29 March 2012

KANAK-KANAK MEMPUNYAI BAHASA TERSENDIRI




SITUASI 19
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi kerana telah panjangkan usia  kita untuk terus bernafas di bumiNya ini dan dapat saya menaip lagi mengenai bahasa.

Bahasa adalah sistem komunikasi perkataan dan tatabahasa. Melalui bahasa ini, kanak-kanak dapat berhubung dengan orang di sekitar mereka bagi menyatakan perasaan, keperluan dan idea.

Perkembangan bahasa adalah gambaran sejauh mana interaksi berlaku. Ia membantu mempercepatkan literasi iaitu keupayaan menulis dan membaca. Sebelum kanak-kanak menggunakan perkataan, mereka hanya tahu merengek dan menangis, ‘babbling’ (ma-ma-ma, ta-ta-ta) dan ‘cooing’ (menjerit, menggelobok dan membunyikan perkataan) seterusnya meniru gelagat dan apa sahaja yang mereka dengar. Mereka juga berupaya mengenal pasti bunyi dan suara orang dewasa dengan cepat.

Menangis bagi bayi yang baru lahir adalah komunikasi. Nada, corak dan penguatan (intensity) ke atas bunyi suara menyatakan ada maksud tertentu seperti lapar, tidak cukup tidur, marah atau merajuk.

Pada usia bayi enam minggu sehingga tiga bulan, mereka mula mendekut (cooing) apabila rasa seronok. Mereka juga suka bermain dengan bunyi-bunyi perkataan yang didengari dari persekitaran.

Mengagah (babbling) pula berlaku di antara enam bulan hingga sepuluh bulan. Ia bukannya bahasa sebenar dan tidak ada makna. Penerimaan ke atas bunyi-bunyi bahasa berterusan dilakukan oleh bayi yang berumur 9 bulan hingga 10 tahun namun belum memahami sepenuhnya perkataan-perkataan tersebut.

Keupayaan membezakan bunyi-bunyian sangat penting untuk perkembangan bahasa. Ia bermula sebelum kelahiran dan sangat kritikal ketika tahun pertama kehidupan. Bayi dapat membiasakan diri dengan perkataan apabila mereka kerap mendengar dan mula menggunakannya.
Contoh  pemerolehan bahasa Kanak-kanak adalah seperti berikut:
Contoh
Ayah                : Apa ni? (Ini apa?)


Kanak-kanak  : Bah (Bas)

Ayah                : Ni? (Ini?)

Kanak-kanak  : Apa bah? Oyi. (Apa abah? Lori)

Ayah                : Ni? (Ini?)

Kanak-kanak  : Ayon. (payung)

Ayah                : Ni? (Ini?)

Kanak-kanak  : Acuk (kasut)

Ayah                : Ni? (Ini?)

Kanak-kanak  : Abah, ato (Abah, kereta)

Ayah                : Hmm. Ni? (Ini?)

Kanak-kanak  : Ato. (Kereta)

Ayah                :  Ni? (Ini?)
Kanak-kanak  : Pek (Speck = kacamata)
Oleh itu, setiap kanak-kanak akan memperolehi bahasa apabila dia mendengar pertuturan orang di sekelilingnya dan cuba mengajuk perbualan orang  lain. Keadaan ini, walaupun dari segi fonologinya tidak berapa jelas tetapi apabila dibiasakan akan menjadi lebih baik pertuturannya. 



Wednesday 28 March 2012

AKU , OPAH DAN BAHASA


SITUASI 18
Alhamdulillah, segala puji bagi tuhan Semesta Alam. Hari ini akan saya ingin berkongsi sedikit kisah bahasa antara saya dengan insan yang berhati Mulia.  Situasi ini berlaku di Pekan Bidor atau lebih tepat lagi dalam pasar Pekan Bidor, Perak. Di sini, ingin saya sampaikan adalah perbezaan dialek dalam kalangan masyarakat masih dapat berkomunikasi dengan baiknya. Ini menunjukkan bahawa, walaupun kita berbeza dari segi dialek tetapi maklumat dan perkara yang ingin dituturkan masih dapat difahami antara satu sama lain. Kisahnya bermula apabila saya dan rakan mengikut seorang nenek atau saya memanggilnya dengan gelaran "Opah" dan menemaninya ke pasar untuk membeli sayur-sayuran dan sebagainya. Sudah sedia maklum, bahawa di Pekan tersebut majoriti penduduknya adalah terdiri daripada kaum India dan Cina. Penjualnya terdiri daripada kaum India dan selebihnya Melayu dan Cina. Sementara itu, walaupun berbeza tempat dan sebutan atau gelaran bagi seseorang tetapi individu tersebut adalah orang yang sama. 
Misalnya di Kelantan, kebanyakkan masyarakatnya memanggil datuk atau nenek dengan gelaran    ''Tok",  Tok Wan" ''Mek'' bagi nenek, '' Chik" bagi datuk. Di sini, gelaran yang lebih mesra adalah "Opah" yang merujuk kepada orang yang berusia atau warga emas.  Gelaran tersebut menjadi kebiasaan bagi masyaakat di situ dan semua yang mengenali nenek angkat saya memanggilnya dengan gelaran 'Opah' tidak kira sama ada orang tersebut mempunyai perhubungan kekeluargaan atau tidak. 

Tuesday 27 March 2012

BAHASA PASAR





SITUASI 17
Bahasa pasar ialah bahasa yang menggunakan struktur ayat Melayu tetapi perkataan campuran dengan perkataan bahasa pinjaman. Yang paling ketara ialah bahasa pasar menggunakan kata ganti nama asing, iaitu I, you, we all, you all, they all, gua, lu, gua semua, lu semua, dia orang, semua orang, lu orang, kita orang, aya, ane, bai, dan lain-lain. Bahasa pasar adalah bahasa orang tidak terpelajar. Atau, digunakan oleh orang terpelajar kepada orang tidak terpelajar. Ini bukan bahasa rapi dan bahasa rasmi. Ini bahasa rendah, layak digunakan dalam perhubungan dengan rakan-rakan di luar majlis rasmi, di pasar, di dapur, di perhentian bas, dll. Dalam rancangan rasmi melalui televisyen ke seluruh negara, bahasa pasar tidak wajar digunakan. Menggunakan bahasa pasar ini sangat merendahkan taraf orang yang dilawan bercakap. Tatabahasa sosial yang dilanggar ialah:
1. Budaya Melayu memerlukan bahasa yang rapi digunakan dalam suasana rasmi. Bahasa pasar ini tidak ada tempat dalam majlis rasmi.
2. Menggunakan ganti nama bahasa pasar kepada orang datang daripada budaya rendah. Budaya tinggi menuntut bahasa yang rapi.
3. Dengan mengeyou-youkan penonton, pengacara menurunkan semua orang ke taraf mat dan minah rock sahaja.
4. Televisyen adalah saluran rasmi. Bahasa pasar dan bahasa campur-aduk tidak ada tempat dalam saluran rasmi.
5. Tidak menggunakan neka bahasa baku. Dalam suasana rasmi, perkataan dan sebutan pun mesti rasmi, iaitu bahasa baku.
6. Bahasa pasar tidak ada kehalusannya, peri laku penutur bahasa pasar juga akan menjadi kasar dan sumbang. Apabila kita menggunakan bahasa berbudaya tinggi, kita tidak tergamak berkelakuan kasar dengan pelanggan.Apabila pelayan menggunakan ganti nama you kepada pelanggan, pelanggan merasa tidak dihormati. Malah dia merasakan dia disamakan dengan pelayan remaja yang menyebut dirinya I.

 Pada pihak pelayan pula, apabila dia menggunakan kata ganti nama you kepada semua pelanggan, dia merasakan dia sama taraf dengan pelanggan. Oleh itu dia telah berlagak bahawa dia wajar menjawab kata-kata pelanggan. Pelanggan adalah penting. Tanpa pelanggan perniagaan kita tidak ada. Oleh sebab itu pelanggan adalah bertaraf lebih tinggi daripada pelayan. Kita tidak boleh merendahkan mereka dengan mengeyou-youkan mereka. Elakkan perbalahan dengan pelanggan. Ini akan dapat kita buat dengan memanggil mereka Encik, Tuan, Puan, Cik dan Cik Puan. Gugurkan sama sekali ganti nama you dan I.Apabila kita mahu menggunkan bahasa tinggi buanglah ganti nama pinjanan. Gunakan ganti nama hormat, iaitu: Tuan, Puan, Encik, Cik, para penonton, para pendengar, para peminat, barulah perilaku penutur juga turut berubah.

Monday 26 March 2012

PERBANDINGAN DIALEK KELANTAN DENGAN KEDAH


SITUASI 16



Fonetik dan fonologi merupakan bidang yang salin melengkapi. Fonetik merupakan kajian tentang bunyi bahasa manakala fonologi sebagai kajian tentang sistem bunyi bahasa. Fonetik membincangkan deskripsi yang dilakukan dalam menghasilkan bunyi ini dengan menggunakan organ sebutan. Sementara itu, ada sarjana lain menganggap fonologi itu sebagai perkara yang pada asasnya adalah fonetik. Cuma fonologi memerlukan konsep, istilah, dan notasi fonetik sebagai unsur tambahan. Bunyi-bunyi bahasa yang terdiri daripada struktur fonik sesuatu bahasa itu dikatakan fonologi.

Selain itu juga, menurut pendapat Edward Sapir pula, dialek itu dikenali sebagai bentuk percakapan tempatan yang berbeza dengan pendapat dengan bentuk bahasa kesusasteraan. Maka, di sini bolehlah dirumuskan bahawa dialek merupakan satu bentuk percakapan yang berupa tempatan yang terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Dalam satu-satu komuniti bahasa tertentu, terdapat dua jenis dialek iaitu dialek sosial dan dialek tempatan. Begitu juga dengan dialek Kelantan dan dialek Terengganu. Melihat dalam aspek dialek di Kelantan, terdapat sekurang-kurangnya dua dialek sosial iaitu dialek istana dan dialek orang awam. Dalam dialek Kelantan tidak terdapat perbezaan yang jelas dari segi percakapan. Jikalau wujud perbezaan itu, mungkin dalam cara-cara penyebutan bunyi-bunyi vokal iaitu perbezaan dari segi pembundaran penyebutan vokal antara penduduk desa dengan penduduk bandar.

Dialek sosial ini wujud di mana-mana sahaja asalkan terdapat perbezaan dari segi kedudukan atau status dalam satu-satu komuniti bahasa dan juga taburan penduduk penutur dalam satu kawasan yang luas. Banyak kajian yang dijalankan bagi menunjukkan bahawa kepelbagaian dialek disebabkan oleh faktor keadaan sosial, iaitu merupakan faktor terpenting dalam pengwujudan bentuk yang berbeza.

Mengikut Profesor Ismail Hussein, dialek Kelantan, Terengganu, Pedalaman Kedah dan Pedalaman Perak Utara, adalah termasuk dalam golongan pertama. Sementara dialek Johor, Melaka, Selangor dan Selatan Perak termasuk dalam golongan kedua. Di antara dialek-dialek ini, dialek Kelantan merupakan dialek yang agak sukar difahami oleh penutur dialek lain kerana dialek Kelantan mempunyai banyak perbezaan jika dibandingkan dengan dialek-dialek lain.

Dialek Kelantan lebih erat pertaliannya dengan bahasa Melayu Patani, walaupun banyak perbezaan ciri-ciri fonetik antara bahasa Melayu Patani dengan dialek, dan perpisahan negeri Kelantan dengan wilayah utaranya bukanlah secara linguistik. Perbezaan dialek mungkin disebabkan oleh tingkat sosial yang tidak sama peringkat umur yang berbeza atau pekerjaan yang berlainan.


  Perbezaan dari fonologi sebutan antara dialek Kelantan dengan dialek Kedah.

BAHASA MELAYU  BAKU
DIALEK KELANTAN
DIALEK KEDAH
Petai
p ǝ.ta
pǝ.taj
Kain
ka.en
ka.en
pulau
pu.law
pu.law
 Saoh
Sa.oh
Sa.oh
Tiap
Ti.jaɁ
ti.jap
Biasa
bԑ.sɔ
bԑ.sa



  
Di samping itu, mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan matawang RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunyai matawang mereka sendiri iaitu Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi 'ghiya'. Walaupun 'ghiya' kelantan tidak diniagakan di pasaran antarabangsa dan exchange rate antara 'ghiya' dan RM adalah sama, malah wang yang digunakan adalah sama. Tetapi Ringgit adalah lebih kecil sekiranya digunakan di kelantan. Contoh:

Situasi seseorang menggunakan Ringgit di pasar Siti Khadijah Kota Bharu:

"Makcik, sayur ni berapa ringgit selonggok?"
"oohh, sayur kakung nih 2 Ringgik selonggok"

Situasi yang sama, tetapi menggunakan 'ghiya'

"Mokcik, sayur kakung nih brapo ghiya slonggok ..?"
"slonggok tigo amah*, kalu nok ambik duo longgok, 2
ghiya"

Perhatikan harga selonggok kangkung meningkat 50 sen dari harga dalam 'ghiya', malah dijualnya pulak dengan harga 2 longgok 2 'ghiya' (atau 2 ringgit)


Friday 23 March 2012

BAHASA KIASAN

SITUASI 15

Bahasa Kiasan ialah ungkapan yang maknanya tidak diketahui daripada makna perkataan itu sendiri atau daripada susunan tatabahasanya. Dengan kata yang lain, maknanya tidak 100% oleh makna kata-kata dalam binaan bahasa kiasan tersebut. Dalam bahasa kiasan, sesuatu perkataan, frasa atau ayat mempunyai maksud yang berlainan dengan makna harfiah kata-kata yang membinanya.
Dalam bahasa kiasan, kita membuat perbandingan akan sesuatu perkara dengan benda yang lain. Perbandingan ini dibuat melalui bandingan yang nyata dengan atau tanpa menggunakan kata bandingan tertentu. Kita hanya mengiaskan sesuatu yang dimaksudkan itu dengan benda atau perkara yang lain.
Pendeta Za’ba mengatakan bahawa bahasa kiasan ialah bahasa yang mencakapkan sesuatu perkara dengan mengiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut bandingan antaranya atau dengan tiada menyebutkan bandingan lagi; tujuannya supaya menambahkan terang sesuatu yang dikatakan atau diceritakan dan menguatkan makna. Inilah keistimewaan bahasa kiasan.
Contoh bahasa kiasan yang menyatakan bandingan, antaranya termasuk jari seperti susun sirih, kuncup seperti sulur bakung, manis umpama lautan madu, tinggi macam galah, dan tumit umpama telur dikupas. Bahasa kiasan yang tidak menyebutkan perbandingan ialah abu jahal, mat jenin, ayam tambatan, pelanduk dua serupa dan puteri lilin.

Bentuk bahasa kiasan bahasa Melayu dapat digolongkan kepada dua golongan, iaitu kiasan jenis peribahasa dan kiasan jenis bukan peribahasa. Antara kedua-dua jenis bahasa kiasan ini, terdapat perbezaan yang nyata dari segi maksud. Bahasa kiasan jenis peribahasa mempunyai makna khas, iaitu tidak bergantung pada konteksnya. Misalnya makna kaki ayam, anak emas, dan langkah kanan tetap tidak berubah kendatipun dalam konteks apa-apa sekalipun.

Selain itu, bahasa kiasan peribahasa mempunyai makna selapis dan makna dua lapis. Yang bermakna selapis dapat terus difahami apabila kita membacanya. Misalnya biar lambat asal selamat; sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit; dan hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya bermakna selapis kerana tiada makna yang tersirat daripada unsur kata yang menjadi binaan bahasa kiasan tersebut.

Sebaliknya, bahasa kiasan dua lapis pula menggunakan gambaran lain bagi membayangkan maknanya. Misalnya ular yang menyusur akar itu tidak akan hilang bisanya; seperti talam dua muka dan bagai bajak wangkang makan diangkat. Semua peribahasa yang tersenarai mempunyai maksud yang khas. Ular yang menyusur akar, tidak akan hilang bisanya bermaksud orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya, seperti talam dua muka bermakna orang yang berbuat baik kepada dua orang berseteru. Peribahasa seperti bajak wangkang makan diangkat pula bererti seseorang yang gemar dipuji orang.

Pengucapan yang menggunakan bahasa kiasan merupakan pengucapan yang halus dan dapat meningkatkan imej seseorang apabila orang itu menggunakannya dalam pertuturan. Mereka yang menggunakan bahasa kiasan sewaktu berbicara dengan orang lain digolongkan sebagai orang yang berbudi bahasa serta bijak berbahasa. Hal ini begitu jelas apabila wujudnya bahasa kiasan seperti ke sungai besar yang bermaksud ingin membuang air besar, dan bahasa kiasan datang bulan yang bermaksud datang haid. Pembicara yang bijak berbahasa kiasan sudah tentu memilih bahasa kiasan ini untuk menggantikan kata-kata yang kurang enak didengar.
Namun demikian terdapat juga unsur kata bahasa kiasan yang diubah dan disesuaikan dengan faktor budaya dan tuntutan bahasa Melayu itu sendiri. Misalnya, ungkapan kiasan ke sungai besar sudah jarang-jarang kita dengar; sebaliknya digantikan dengan buang air besar.
Apakah tujuan penggunaan bahasa kiasan ini dalam percakapan? 
Tujuannya adalah untuk menajamkan percakapan dan memberikan kesan yang mendalam pada hati dan fikiran pendengar. Selain sebagai perhiasan kerana bahasa kiasan banyak menggambarkan nilai estetika yang dikaitkan dengan alam semesta, penggunaannya merupakan satu cara untuk mengelakkan seseorang menyebut sesuatu perkara yang boleh menyebabkan rasa malu, takut atau kurang manis apabila didengar oleh orang lain. Hal ini melibatkan nilai kesantunan berbahasa seseorang.
Ada pelbagai jenis bahasa kiasan, seperti kiasan asal, kiasan berpindah, kiasan terus, kiasan bersajak, kiasan berbunga, kiasan pemanis/halus, kiasan melompat, kiasan melarat, dan kiasan berkacau. Jenis-jenis kiasan ini akan saya bicarakan dalam tulisan yang akan datang.

Thursday 22 March 2012

GAYA BAHASA BERDASARKAN NADA

SITUASI 14
Alhamdulillah segala puji bagi ilahi.....
Topik pada kali ini adalah membincangkan gaya bahasa berdasarkan nada yang dipertuturkan oleh masyarakat dan individu itu sendiri. Sesuatu pernyataan bahasa, sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan adalah mengandungi nada yang tertentu. Berdasarkan nada Gorys Keraf (1981) mengenal pasti ada tiga  gaya bahasa, iaitu gaya yang sederhana, gaya yang mulia dan bertenaga, dan gaya yang menengah. Suasana yang ingin ditimbulkan oleh seseorang yang menggunakan bahasa adalah menghasilkan nada, dan nada yang wujud melalui susunan kata yang sesuai. 

Gaya yang sederhana adalah digunakan untuk memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah dan sebagainya. Ciri utama gaya ini ialah bersifat kesederhanaan, yang berdasarka tujuan untuk menyampaikan maklumat, bahasa untuk menyentuh perasaan atau menghasilkan suasana tertentu. 


Siapakah yang selalu menggunakan gaya bahasa sederhana??..


CERAMAH


Manakala gaya yang mulia dan bertenga pula bertujuan untuk menggerakkan pendengar atau pembaca ke arah satu tindakan. Oleh itu gaya ini menekankan aspek tenaga yang ada pada bahasa melalui susunan kata-kata tertentu. Gaya ini biasanya digunakan oleh pemidato yang bertujuan  menggerakkan pengikutnya melakukan sesuatu. Gaya yang sama juga terdapat dalam ucapan-ucapan isu penting, khutbah dan situasi-situasi yang beremosi seperti ucapan politik sewaktu berkempen. 

Seterusnya adalah gaya menengah, iaitu gaya yang diarahkan kepada usaha untuk  menimbulkan suasana tenang dan damai. Nadanya bersifat lemah lembut, penuh kasih sayang dan mengandungi unsur lucu (humour) yang sihat. Antara situasi yang menimbulkan penggunaan gaya ini seperti berpesta dan rekreasi. Oleh sebab, sifatnya yang lemah lembut dan sopan santun, maka gaya ini biasanya menggunakan unsur metafora dan perlambangan. 


Wednesday 21 March 2012

GAYA BAHASA TULISAN DAN LISAN




SITUASI 13
Gaya bahasa dapat juga dilihat dari segi bentuk penyampainya iaitu sama ada lisan atau tulisan. Kedua-dua gaya rasmi atau tidak rasmi boleh disampaikan melalui tulisan dan lisan bagi menyampaikan pemikiran, hasrat, dan sebagainya kepada orang lain. Namun demikian, gaya rasmi lebih lazim wujud dalam bentuk tulisan sedangkan gaya tak rasmi lebih lazim dalam bentuk lisan. 

DALAM BENTUK TULISAN







Gaya tulisan adalah memperlihatkan ciri-ciri kesempurnaan yang menekankan unsur-unsur morfologi dan sintaksis, kecuali dalam bentuk tidak formal. Manakala gaya lisan adalah bersifat lebih sempurna dan kurang menekankan morfologi dan sintaksis. Hal ini demikian kerana ayat-ayat pendek dan amat bergantung kepada intonasi dan gerak geri badan bagi menyampaikan sesuatu maksud. 

Tuesday 20 March 2012

GAYA BAHASA RASMI DAN TAK RASMI DALAM BERBAHASA.




SITUASI 12
Alhamdulillah...segala puji bagi ilahi...Topik pada kali ini adalah mengenai gaya bahasa. Setiap pertuturan yang diujarkan mempunyai gaya bahasa yang tersendiri. Sebenarnya perkataan 'gaya' memgikut pengertian luas bermaksudcorak, bentuk atau rupa sesuatu. Dalam konteks bahasa pula gaya adalah merujuk kepada cara pengungkapan, yaknni cara bertutur, menulis dan sebagainya.  Sementara itu, gaya bahasa lazimnya meliputi aspek-aspek kesesuaian dalam situasi-situasi yang tertentu. Walau bagaimanapun, terdapat  dua perkara penting yang sering dijadikan ukuran untuk menentukan baik-buruk sesuatu gaya bahasa iaitu kejelasan dan unsur-unsur yang menarik dalam bahasa itu sendiri.
Sememangnya terdapat banyak jenis gaya bahasa yang dapat dilihat dalam pelbagai segi. Antaranya adalah seperti gaya bahasa rasmi dan tak rasmi, gaya tulisan dan lisan, gaya ditinjau berdasarkan nada, dan gaya dari segi langsung tidaknya makna.

GAYA BAHASA RASMI

Gaya bahasa yang digunakan dalam situasi-situasi yang rasmi seperti sewaktu memberi ucapan, menyampaikan berita melalui radio atau televisyen, membaca khutbah, dan menulis rencana dan makalah yang serius iaitu membincangkan tajuk-tajuk yang pentin. Dalam semua konteks bahasa yang digunakan itu adalah bersifat baik dan sempurna.

 Siapa yang menggunakan Gaya  Bahasa Rasmi ??..


Khatib Membaca Khutbah
Memberi Ucapan

PEMBERITA


GAYA BAHASA TAK RASMI
Gaya bahasa tak rasmi merupakan variasi bahasa yang digunakan dalam situasi-situasi  yang tidak formal atau kurang formal seperti perbualan ringan, tulisanyang bernada ringan dan semua penggunaan bahasa harian yang tidak bersifat rasmi. Gaya bahasa tak rasmi ini mengandungi nada yang tidak setegang nada variasi rasmi, serta pilihan kata yang lebih sederhana. 
 
Siapa pula yang menggunakan gaya bahasa tak rasmi ye.??

PERBUALAN TELEFON

PERBUALAN HARIAN

Perbezaan antara gaya rasmi dengan tak rasmi adalah terletak pada situasinya. Gaya bahasa rasmi dapat dibandingkan dengan melihat aspek pemakaian pakaian. Gaya bahasa rasmi juga diumpamakan pakaian rasmi, pakaian upacara sementara gaya bahasa tak rasmi adalah ibarat pakaian kerja iaitu pakaian yang baik, bersih, sesuai dengan keadaan tetapi untuk keperluan harian.

Monday 19 March 2012

ADAKAH SAJAK SATU MEDIUM KITA BERBAHASA ?



SITUASI 11
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi atas segala kurnia dan limpah hidayahNya kepada kita....
Adakah sajak satu medium kita berbahasa?. Maka di sini ingin saya memcoret serba sedikit mengenai sajak. Sememangnya, seperti yang kita sedia maklum bahawa masyarakat Melayu sememangnya sangat kaya dan tinggi nilai bahasanya terutama dalam pantun, sajak, syair, pepatah, peribahasa dan sebagainya yang menjadi medium perhubungan bagi menyampaikan hasrat dan berkomunikasi antara satu sama lain. Fokus saya pada kali ini adalah mengenai sajak. Sajak adalah merupakan lukisan imaginasi yang terbentuk daripada sususnan kata yang digubah dalam bahasa yang indah. Sebagai karya estetika, sajak merupakan karya seni yang memilih keindahan yang mampu memukau jiwa apabila kena dengan gaya gubahannya.
Bahasa ialah elemen yang menentukan jati diri penyair. Penyair yang kehilangan seni bahasanya akan kehilangan segala-galanya.  Bahasa yang indah bagi penyair sepatutnya bahasa yang boleh memberikan kebebasan kepadannya.
untuk mengembangkan dan mengolahnya menjadi media komunikasi yang mudah dan lancar. 

Siapakah penyair-penyair di Malaysia Ye....???




Sebenarnya ramai penyair yang terkenal, Antaranya seperti.....


A. SAMAD SAID

USMAN AWANG


Selama ini pun, keadaan yang diperlukan oleh penyair untuk menghasilkan sajak yang bagus hanya lahir daripada bahasa yang merdeka, yang bebas, yang lentur, yang tidak terkurung dan tidak terperangkap dalam pelbagai aturan dan tatabahasa yang kaku dan beku. Sajak “Kekasih” karya Usman Awang, misalnya, tidak mungkin lahir sebagai sajak yang puitis kalau penggunaan bahasanya tidak merdeka.


Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
Akan kuanyam gelombang-gelombang 
menjadi hamparan
ranjang tidurmu
Akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu

Kemerdekaan bahasa sajak tersebut lahir daripada jiwa syahdu penyair Usman, tentang apa-apa yang dilihat matanya, dirasakan dan dicecap lidah dan kulitnya, yang dicium hidungnya, difikirkan otak dan sesuatu yang disimpan dalam hatinya. Ekspresi jiwa itulah yang telah membolehkan Usman menghadirkan rasa indah dan rasa kagum untuk berkongsi bersama-sama yang sudi menikmatinya. Sajak yang indah seharusnya berkomunikasi secara langsung dengan alam. Oleh itu, sajak juga merupakan medium bagi para penyair menyampaikan buah fikiran. Walaupun bukan secara langsung, tetapi melalui bahasa indah akan dapat difahami oleh masyarakat. Hal ini demikian kerana masyarakat melayu sudah sekian lama dan mempunyai khazanah bahasa yang indah.

Friday 16 March 2012

LARAS BAHASA KITA

SITUASI 10
Alhamdulillah...Bersyukur kehadrat Ilahi lagi......





 BAHASA KITA WAJAH KITA.....

Laras Bahasa bermaksud gaya dan penggunaan sesuatu bahasa yang digunakan atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Halliday(1968) mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Menurut beliau laras bahasa berubah-ubah mengikut situasi.  Terdapat beberapa ciri bagi laras bahasa. Penggunaan laras bahasa yang berlainan adalah ditentukan oleh dua faktpr utama, iaitu ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa dan ciri-ciri linguistik.  Bagi  faktor keperihalan adalah terbahagi kepada dua iaitu dari segi situasi luaran dan persekitaran. Situasi luarana ialah latar belakang social dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.  Manakala situasi persekitaran pula adalah berdasarkan aspek-aspek yang terlibat dalam penggunaan bahasa iaitu, Cara penyampaian sama ada lisan, bertulis, bahasa isyarat dan sebagainya. Hubungan sosial dan peribadi antara penggunaan bahasa   Bahan yang diperkatakan dan fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa sama adal rasmi atau tidak rasmi.

Manakala ciri-ciri linguistik pula bermaksud unsur-unsur sistem bahasa itu, iaitu aspek bunyinya, aspek perkataannya serta aspek frasa dan ayatnya.  Aspek bunyi-nada suara (drama, ucapan). Aspek perkataan-perkataan khusus berdasarkan bidang, unsir kolokasi (dua perkataan yang berkaitan), perkataan pinjaman dan aspek ayat, dari segi binaan, susunan, dan panjang ayat.


Dalam bahasa Melayu terdapat beberapa laras yang mempunyai format tersendiri antaranya seprti laras undang-undang  (akta), laras ucapan, laras iklan (tender), laras laporan berita dalam akbar dan sebagainya . Contoh laras bahasa yang sering digunakan dalam bidang-bidang tertentu.

LARAS UNDANG-UNDANG.

Teks yang berkaitan dengan perundangan. Mengandungi prinsip undang-undang dan berbentuk akta iaitu terbahagi kepada bahagian dan seksyen. Penggunaan istilah-istilah yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. Makna kosa kata yang digunakan berdasarkan interprestasi serta tidak mementingkan struktur ayat tetapi sangat mementingkan kerpersisan dan kejelasan. Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat. Lazimnya menggunakan binaan ayat panjang. Contohnya:


Setelah saman disampaikan dan catatera penyampaian dibuat, pendaftran harus meberi notis kepada plaintif atau peguamnya mengenai hal itu dan  mengenai cara saman itu disampaikann.


LARAS BAHASA SAINS


Laras bahasa ilmiah dan bersifat formal  sera tidak menggunakan bahasa basahan. Bersifat intekelektual, saintifik, formal dan objektif. Maklumat yang diberikan berdasarkan kajian dan faktas. ementingkan kejelasan dan ketepatan fakta. Larasa bahasa sains ini banyak menggunakan isitilah sains dan teknikal serta penggunaan istilah-istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris.


Contoh laras bahasa Sains:


Air hujan, secara semulajadinya berasid sedikit kerana tindak balasnya dengan gas karbon dioksida dalam atmosfera untuk membenuk asid karbonik. NIlai pH air hujan ialah 5.6


LARAS BAHASA AGAMA


Laras yang membincangkan soal agama. Penggunanaan istilah agama yang dipinjam daripada bahasa arab. Terdapat petikan al-quran dan h hadis. Struktur ayat yang digunakan banyak dipengaruhi oleh struktur ayat bahasa Arab serta terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat yang bertujuan memberi pengajaran kepada masyarakat.


Contoh laras bahasa agama:


Syurga dalam bahasa Arab disebut sebagai ''al-jannah'' yang bermaksdu sebuah taman yang indah, penuh dengan pelbagai nikmat dan keselesaan....


LAIN BIDANG LAIN BAHASANYA....:)

Kepelbagaian larasa bahasa yang digunakan oleh bidang-bidang tertentu membawa imej yang tersendiri. Bagi saya, penggunaan laras bahasa yang berlainan antara satu bidang dengan bidang yang lain dapat membezakan kebudayaan dan sosial bahasa dalam kalangan pengguna itu sendiri.