Penulisan
kali ini adalah bertujuan membincangkan penggunaan ok dalam perbualan seharian.
Penggunaan ok telah menjadi kelaziman terutamanya semasa memulakan perbualan,
mengakhiri perbualan dan mengesahkan sesuatu. Penggunaan ok dapat kita
lihat dalam komunikasi kita bersama rakan-rakan malah saya sendiri turut
terbiasa dengan perkataan itu. Sebenarnya penggunaan ok boleh dielakkan dengan menggantikan
perkataan tersebut dengan 'baiklah' dan perkataan yang difikirkan sesuai dengan
konteks penggunaanya. Sekiranya kita gagal dalam membendung penggunaan 'ok'
ini, penggunaan bahasa Melayu baku yang sempurna tidak akan tercapai. Sebagai
seorang mahasiswa dan bakal guru, saya brharap rakan-rakan dan anda semua
mengurangkan penggunaan perkataan ini dalam komunikasi seharian. Oleh itu, sebagai rakyat yang prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu baku kita sewajarnya mengelakkan daripada menggunakan perkataan yang dapat menggugatkan martabat bahasa Melayu itu sendiri.Tuesday, 1 May 2012
PENGGUNAAN PERKATAAN "OK"
Penulisan
kali ini adalah bertujuan membincangkan penggunaan ok dalam perbualan seharian.
Penggunaan ok telah menjadi kelaziman terutamanya semasa memulakan perbualan,
mengakhiri perbualan dan mengesahkan sesuatu. Penggunaan ok dapat kita
lihat dalam komunikasi kita bersama rakan-rakan malah saya sendiri turut
terbiasa dengan perkataan itu. Sebenarnya penggunaan ok boleh dielakkan dengan menggantikan
perkataan tersebut dengan 'baiklah' dan perkataan yang difikirkan sesuai dengan
konteks penggunaanya. Sekiranya kita gagal dalam membendung penggunaan 'ok'
ini, penggunaan bahasa Melayu baku yang sempurna tidak akan tercapai. Sebagai
seorang mahasiswa dan bakal guru, saya brharap rakan-rakan dan anda semua
mengurangkan penggunaan perkataan ini dalam komunikasi seharian. Oleh itu, sebagai rakyat yang prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu baku kita sewajarnya mengelakkan daripada menggunakan perkataan yang dapat menggugatkan martabat bahasa Melayu itu sendiri.Monday, 30 April 2012
PERANCANGAN BAHASA KITA
SITUASI 36
Perancangan bahasa bererti pembinaan
bahasa secara sedar untuk memungkinkan sesuatu bahasa itu berupaya menangani
fungsi-fungsi baru yang dikenakan ke atasnya. Bahasa melayu dirancang supaya
dapat menjadi bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang dan kehakiman, bahasa
ilmu, dan bahasa seluruh sistem kehidupan moden. Perancangan bahasa terbahagi
kepada dua bahagian iaitu perancangan taraf dan Perancangan korpus
Perancangan yang pertama memberikan
taraf tertentu kepada sesuatu bahasa, sementara perancangan jenis yang kedua
membina bahan bahasa tersebut menjadi bahasa yang kemas sistemnya supaya dapat
memenuhi taraf yang diberikan kepadanya. Manakala, Perancangan
taraf bahasa Melayu melibatkan pemberian tiga taraf penting kepada bahasa
Melayu.
Masing-masing ialah taraf sebagai
· bahasa kebangsaan,
· bahasa rasmi, dan
· bahasa pendidikan.
· bahasa kebangsaan,
· bahasa rasmi, dan
· bahasa pendidikan.
Taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan amat besar ertinya, terutama sebagai lambang dan unsur penyatuan bangsa Malaysia. Tentu sukar diterima akal bahawa bahasa yang dinobatkan sebagai bahasa bagi 25 juta orang (dalam konteks Malaysia saja) tidak dapat menjadi wahana pemikiran moden, sedangkan transformasi budaya terus-menerus berlangsung. Oleh itu, taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan terus mengukuhkan potensi bahasa tersebut sebagai bahasa yang dapat berinteraksi dengan isu-isu dunia moden.
Seterusnya dalam Taraf bahasa rasmi
yang ditetapkan bagi bahasa Melayu pula menyediakan ruang yang cukup luas bagi
bahasa Melayu berkembang dalam bidang-bidang profesional seperti pentadbiran,
pengurusan, undang-undang, ekonomi, dan lain-lain. Hal ini demikian kerana
menurut tafsiran Perlembagaan, istilah rasmi merujuk kepada segala urusan
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan Pentadbiran Awam. Dengan tafsiran
itu dan dengan andaian bahawa tafsiran itu berlaku sepenuh-penuhnya, maka tidak
diragui bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa moden, iaitu bahasa yang
dapat mengungkapkan konsep-konsep kehidupan moden. Dapat dikatakan bahawa seluruh
konsep yang berkaitan dengan urusan rasmi kenegaraan mewakili kehidupan dunia
moden. Yang menjadi soal ialah kemampuan dan kesediaan semua kalangan yang
terlibat dalam pentadbiran negara menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan
rasmi.
Taraf bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan atau bahasa ilmu menyediakan ruang yang cukup luas untuk kita memupuk bahasa tersebut sebagai bahasa moden. Hal ini demikian kerana asas kehidupan moden yang terpenting ialah ilmu. Bahasa yang mampu mengungkapkan hal ehwal ilmu dengan sendirinya adalah bahasa moden. Dengan potensinya yang telah terbukti pada zaman gemilang tamadun Melayu-Islam sebagai bahasa ilmu, dan dengan dibantu oleh adanya Dasar Bahasa Kebangsaan serta Dasar Pendidikan Kebangsaan, bahasa Melayu kini sedang ada di landasan menuju kesempurnaannya sebagi bahasa moden. Bahasa Melayu bukan saja dapat menjadi wahana penyebaran ilmu di peringkat persekolahan dan dalam bidang sains sosial, malah terbukti mampu menjangkau ke peringkat universiti dan masuk ke medan ilmu-ilmu di peringkat persekolahan dan dalam bidang sains sosial, malah terbukti mampu menjangkau ke peringkat universiti dan masuk ke medan ilmu-ilmu sains tabii dan bidang teknikal.
Hubungan pembakuan bahasa dengan
perancangan bahasa adalah secara mudahnya, perancangan bahasa ialah
"usaha, tindakan, atau proses merancang sesuatu bahasa yang tertentu
secara sedar untuk memungkinkan bahasa itu mampu memenuhi fungsi-fungsi
tertentu". Takrif yang dikemukakan itu dapat dihubungkan dengan tahap-tahap
perancangan bahasa yang dikemukakan oleh Profesor St. Takdir Alisjahbana,
iaitu:
1. pemilihan bahasa kebangsaan;
2. propaganda;
3. pembakuan;
4. peluasan penggunaannya
Pejuang dan pemimpin awal negara
telah memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ketetapan itu
diabadikan dalam Perlembagaan Negara yang menjadi undang-undang induk. Tahap
propaganda untuk memungkinkan penerimaan bahasa yang dipilih itu telah
berlangsung dengan jayanya pada tahun 1960-an melalui kempen Minggu dan Bulan
Bahasa Kebangsaan di bawah teraju Panglima Bahasa Allahyarham Tun Syed Nasir
Ismail yang ketika itu menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Tahap ketiga,
iaitu pembakuan merupakan proses yang berterusan tetapi asasnya telah
diletakkan. Tahap keempat, iaitu peluasan penggunaan bahasa tersebut berkaitan
dengan fungsi yang diberikan kepada bahasa itu. Dalam konteks bahasa Melayu di
Malaysia, tiga fungsi utama yang ditekankan ialah fungsi sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu. Fungsi pertama dan kedua ditetapkan
dalam Perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, manakala fungsi ketiga
ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1961.Friday, 27 April 2012
BAHASA KOINE
SITUASI 35
Bahasa Koine sama dengan bahasa lingua franca. Bahasa jenis ini digunakan oleh semua orang dalam satu-satu daerah atau wilayah tertentu. Boleh kita katakan bahasa ini ialah dialek yang menjadi bahasa standard dikongsi milik oleh daerah-daerah secara politik dalam satu kesatuan. Misalnya bahasa Arab, di seluruh daerah Arab terdapat dialek-dialek Arab yang berbeza antara satu sama yang lain. Contoh jenis-jenis dialek setempat ialah seperti berikut;
Oman, Kuwait, Iraq, Syria, Jordan,
Yemen, Saudi, Mesir, Sudan, Libya,
Tunisia, Aljeris, Maghribi, Mauritania,
Lebanon, Amiriah Arab Bersatu
Walaupun di negara Arab mempunyai pelbagai dialek Arab, namun bukan semua mereka memahami dialek-dialek berkenaan. Namun dengan kewujudan Al-Quran, maka mereka dapat mengatasi masalah tersebut. Bahasa Arab Al-Quran atau Arab Klasik adalah bahasa sepunya yang digunakan oleh orang Arab di dalam dunia Arab. Bahasa Arab ini juga dikenali sebagai Bahasa Koine.
Thursday, 26 April 2012
PENGGUNAAN KATA GANTI DIRI ORANG KE TIGA.
SITUASI 34
Hari ini ketika berada di kelas sosiolinguistik, aku memperoleh satu lagi isu baru mengenai penggunaan kata ganti nama diri orang ketiga. Semasa sesi pembentangan berlangsung, rakan pembentang telah melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri orang ketiga. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan adalah seperti berikut:
Dia tidak mengambil kira…
Dia lebih kepada bahasa Inggeris…
Menerusi ayat di atas, rakan pembentang telah menggunakan kata ganti nama diri orang ketiga, “dia” bagi merujuk kepada tajuk pembentangan tersebut, iaitu pentadbiran swasta. Bukankah fungsi sebenar kata ganti nama digunakan untuk menggantikan kata nama orang? Walau bagaimanapun, rakan pembentang telah menggunakan kata ganti nama “dia” untuk merujuk kepada sesuatu perkara yang sememangnya bukan orang.
Selain itu, ketika sesi soal jawab berlangsung, sekali lagi rakan pembentang melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri orang ketiga ini. rakan pembentang telah menggunakan kata ganti nama “dia” untuk merujuk kepada seseorang yang berkedudukan tinggi. Kata ganti nama diri yang sesuai bagi merujuk seseorang yang berjawatan naib canselor ialah “beliau”. Penggunaan kata ganti nama diri “dia” hanyalah digunakan untuk merujuk orang umum seperti orang biasa dan rakan-rakan.
Oleh itu, kita sewajarnya prihatin terhadap penggunaan bahasa ketika berkomunikasi terutamanya dalam situasi formal supaya tabiat ini tidak terbawa-bawa apabila kita menjadi guru kelak.
Wednesday, 25 April 2012
SOPANNYA DIA
Sikap bersopan santun dan bersusila
patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang
berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau
perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu
golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang
tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip
ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan
berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Sebagai insan, kita hendaklah menghormati orang-orang yang berada di sekeliling kita, sama ada tua atau muda. Panggilan dengan gelaran yang betul dan penggunaan bahasa sopan perlu diketengahkan dalam perbualan kita. Sebagai contoh:
Situasi di tepi jalan raya. Ada seorang pak cik tua ingin melintas jalan. Dengan rasa bertimbang rasanya Aman membantu pak cik tersebut melintasi jalan yang sangat sibuk. Perbualan antara Pak Cik dengan Aman.
Aman: Assalamualaikum Pak cik. Boleh saya bantu pak cik melintasi jalan ini.
Pak Cik: wa'alaikumussalam anak, boleh. Terima kasih banyak anak kerana membantu pak ciknya.
Tuesday, 24 April 2012
BAHASA KREOL
SITUASI 32
Bahasa Kreol merupakan bahasa yang sudah menjadi bahasa ibunda serta merupakan bahasa pertama bagi sesebuah keluarga atau pun kelompoknya. Penggunaan bahasa ini tidak terbatas kepada kelompoknya sahaja, malah turut juga ditiru sebutannya oleh masyarakat Melayu yang hidup bersama kelompok penutur tersebut. Menurut R.A. Hudson (1983: 66), menyatakan bahawa bahasa kreol adalah daripada bahasa pidgin yang telah diterima sebagai bahasa natif. Manakala Peter Trudgill pula mendefinisikan bahasa kreol sebagai bahasa pidgin yang telah mempunyai penutur-penutur yang menukarkannya sebagai pertama, seperti yang tersebut dalam bukunya yang telah diterjemahkan oleh Nik Safiah Karim (1984: 234) “Sosiolinguistik Satu Pengenalan”.
“Bahasa Kreol ialah bahasa yang bukan berasal daripada bahasa tempatan sesebuah negara tetapi datang dari luar. Ia telah begitu lama digunakan dan menerima unsur-unsur bahasa tempatan. Bahasa itu kemudiannya menjadi bahasa natif atau bahasa ibunda bagi kelompok penutur dalam masyarakat berkenaan.”
Sementara Asmah Haji Omar (1991: 28) pula berpendapat bahawa bahasa kreol adalah bahasa kacukan yang sudah mantap, yang merupakan kacukan daripada sekurang-kurangnya dua bahasa. Daripada penerangan dan petikan tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa bahasa kreol adalah asalnya daripada bahasa pidgin atau bahasa lingua franca yang telah diterima masuk ke dalam bahasa tempatan dan telah diterima sebagai bahasa pertama mereka. Para pengkaji tempatan juga bersetuju dengan pendapat bahawa bahasa kreol bukanlah bahasa pidgin atau bahasa tempatan tetapi bahasa kreol itu adalah bahasanya yang tersendiri dengan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri juga.
Bahasa Kreol mempunyai cirinya yang tersendiri, menurut Nik Safiah Karim dalam bukunya “Sosiolinguistik Satu Pengenalan”, beliau menyatakan bahawa bahasa kreol ini mempunyai lingua franca kerana dituturkan oleh beberapa kumpulan dalam situasi dan konteks mereka sendiri.
“Keadaan bertambah sulit apabila bahasa Djuka iaitu antara bahasa kreol yang paling terkenal juga dituturkan dalam bentuk pidgin sebagai lingua franca oleh beberapa kumpulan orang Dayak Amerika yang tinggal di situ.”
Bahasa Kreol juga mempunyai ciri kemasukan unsur-unsur kesalahan, jika diteliti terhadap bahasa Baba dan Nyonya didapati bahawa bahasa ini banyak dipinjam daripada bahasa Cina terutamanya bahasa Hokkien. Dengan demikian, kebanyakan perkataanya mempunyai penyebutan bunyi yang hampir sama dengan bahasa Hokkien. Contohnya:
Perkataan Sebutan
Lauteng lau-teng
Teko te-ko
Kuchai ku-chai
Kueh Tiau kutiau
Namun begitu makna perkataan tersebut tidak lari daripada makna yang terdapat dalam bahasa Melayu. Namun begitu makna perkataan tersebut tidak lari daripada makna yang terdapat dalam bahasa Melayu. Misalnya ayat bahasa Melayu dibandingkan dengan bahasa Baba dan Nyonya. Cuma unsur tatabahasa adalah tidak tepat jika ditinjau dari sudut bahasa Melayu. Contohnya:
Saya mahu masak nasi. (Ayat bahasa Melayu)
Gua mo masak nasik. (Ayat Baba Nyonya)
PENDAPAT: Sememangnya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan wujudnya bahasa kreol dalam masyarakat di Malaysia. Berdasarkan analisis yang dibuat dengan rujukan terperinci mengenai bahasa kreol ini dapatlah dikupas beberapa faktor yang telah mempengaruhi kewujudan bahasa kreol itu sendiri, antara yang terpenting merupakan faktor geografi, faktor perkahwinan, faktor perniagaan dan juga faktor pembeza.
Monday, 23 April 2012
NEKA BAHASA KITA
Bahasa yg ditempatkan di atas sesebuah bahasa atau bbrp jenis bahasa yg sedia ada.
Bahasa ini ada sifat & ciri yg tinggi & unggul & mengatasi bhs-bhs lain yang ada dalam sesebuah negara tersebut.
Antara elemen-elemen bahasa yang terdapat dalam neka bahasa jenis Inklusif ini adalah seperti :
•Bahasa Kebangsaan
•Bahasa Rasmi
•Lingua
Franca
•Bahasa Pijin
•Bahasa Kreol
•Bahasa Koine
Friday, 20 April 2012
BAHASA IBUNDA MEDIUM BUDAYA BANGSA
Bahasa ibunda antaranya adalah
istilah yang merujuk kepada bahasa leluhur sesuatu kelompok etnik. Sama ada ia
bahasa besar atau sebaliknya, bahasa ibunda penting dalam kehidupan sesuatu
kelompok itu, khususnya dalam konteks budaya diamalkan. Dalam konteks ini, ia
adalah salah satu daripada beberapa kaedah utama, yang membolehkan kelompok
berkenaan menyebar serta mewariskan budayanya kepada generasi muda.
Sehubungan ini, dialek Melayu
Kelantan adalah penanda identifikasi kepada budaya kelompok Melayu di Kelantan.
Identifikasi ini antaranya boleh wujud dalam kata, makna, idiom dan nahu dialek
Melayu itu, serta amalan bahasa dipraktikkan oleh Orang Melayu Kelantan.
Cara menyebar dan mewariskan
budaya melalui bahasa, boleh mengambil pelbagai bentuk. Antaranya termasuk
lagu, puisi, cerita, dan seni. Penyebar dan pewarisnya pula boleh terdiri
daripada orang perseorangan, kumpulan, pertubuhan kebudayaan dan kesenian, dan
institusi rasmi, seperti yayasan. Dalam hal ini, bahasa ibunda sebenarnya
adalah wahana penting, untuk memastikan elemen budaya, seperti sejarah, sistem
nilai, kepercayaan dan sosial, terus tersebar dan diwarisi.
Untuk Malaysia, dalam menyambut
Hari Ibunda Sedunia ini, kita boleh antaranya meraikan kepelbagaian bahasa
ibunda dan budaya kaum yang ada dalam negara ini. Sambutan sebegini sudah tentu
dapat mempromosikan peranan dan kepentingan bahasa dalam pembangunan dan
kewujudan budaya mapan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik.
Pendekatan begini juga bertepatan dengan keadaan sosiobudaya yang pelbagai di
negara ini.
Apabila berbicara mengenai budaya
mapan, dan dalam kes Malaysia sebagai pelbagai budaya yang terus mantap dan
kekal, selain tidak akan pupus, dalam konteks peranan bahasa untuk menjamin
pelestariannya, kita sebetulnya perlu memastikan bahasa ibunda kita, terus
dituturkan, khususnya oleh generasi muda.
Sehubungan ini, ramai antara kita
selalu beranggapan bahawa bahasa ibunda kita, sama ada dialek Melayu Kelantan,
bahasa Cina suku Hokkien, ataupun bahasa Orang Asli Semai, tidak mempunyai
banyak nilai, jika dibandingkan dengan bahasa besar, seperti bahasa Melayu
Standard, bahasa Mandarin, dan bahasa antarabangsa seperti bahasa Inggeris.
Justeru, ramai ibu bapa tidak lagi mewariskan bahasa leluhur kepada anak
mereka.
Sesungguhnya pandangan begini
adalah salah sama sekali. Ia antaranya dilihat dari segi peranan bahasa Cina
suku Hokkien misalnya, yang didapati tidak mempunyai banyak sumbangan terhadap
kehidupan dunia moden, khususnya dalam memperoleh ganjaran kebendaan.
Dalam konteks bahasa leluhur,
kehilangan walaupun satu daripadanya di muka bumi ini, misalnya bahasa Temuan
dalam kalangan Orang Asli, bukan saja menjadi musibah kepada komuniti bahasa
berkenaan. Tetapi ia adalah juga kerugian besar kepada kita di Malaysia
khasnya, selaku rakyat Malaysia, dan juga kepada dunia amnya, yakni kita semua
sebagai umat dunia.
Hubung kait antara bahasa dan
cara hidup harian inilah yang menjadi satu ciri kehidupan yang akan hilang
apabila bahasa hilang. Apabila ini berlaku, komuniti bahasa berkenaan akan
menjadi kelompok yang kehilangan arah bahasa. Ini antaranya bermakna mereka
tidak lagi mengetahui kata yang sepatutnya digunakan, untuk mengungkapkan
sesuatu yang ingin dan perlu diperkata.
Dengan kata lain, bahasa lain
yang dikuasai untuk menggantikan bahasa ibunda yang hilang itu, akan menjadikan
komuniti bahasa berkenaan satu kelompok yang tidak mempunyai hala tuju, dari
segi identiti kebahasaan, untuk seketika waktu. Apabila dan selepas bahasa lain
dipelajari dan dikuasai, budaya asal komuniti berkenaan akan berubah. Ia tidak
lagi diamal dalam bentuk dan cara asalnya.
Sebenarnya kata dan istilah
baharu itu hanya pandangan yang hampir saja, justeru tidak pun tepat maksudnya.
Makna tepat serta pengertian sepunya, tidak akan dikongsi dan difahami
bersama-sama lagi oleh seluruh komuniti berkenaan, seperti yang berlaku pada kata
dan istilah lama dalam bahasa ibunda yang hilang itu.
Satu masa yang agak lama
diperlukan bagi komuniti berkenaan, untuk berkongsi dan memahami kata dan
istilah baharu itu, secara bersama-sama sebagai satu komuniti bahasa. Walaupun,
pada akhirnya ia dapat dilakukan selepas mengambil beberapa waktu, budaya asal
itu tidak terungkap lagi, yakni tidak mampu dinyatakan lagi dalam bahasa lain,
dengan menggunakan konteks bahasa lama.
Thursday, 19 April 2012
ANTARA LOBAK DAN SAWI
.jpg)
Wednesday, 18 April 2012
SOPAN BERBAHASA
Saya telah pergi ke restoran yang berdekatan dengan kolej kediaman untuk membeli makan malam. Berikut adalah perbualan yang berlaku antara saya dengan pelayan restoran tersebut.
Pelayan : Encik hendak makan apa?
Lelaki : Nasi Goreng Kampung satu.
Pelayan : Minum?
Lelaki : Teh panas ye.
Pelayan : Kakak, nak makan apa?
Saya : Nasi Goreng Kampung juga.
Pelayan : Minum kak?
Saya : Air suam.
Selepas itu, pelayan tersebut pergi untuk menyediakan makanan. Sebenarnya, saya ingin berkongsi mengenai bahasa sopan dalam penulisan blog ini. Bahasa sopan menggunakan dua ciri yang ketara. Pertamanya adalah penggunaan bentuk sapaan yang padan dengan orang yang ditegur atau dilawan cakap. Keduanya adalah penggunaan peringkat atau taraf bahasa yang sesuai dengan konteks percakapan. Secara ringkasnya, bahasa sopan merujuk kepada penggunaan bentuk bahasa yang hormat apabila hendak menghormati orang yang dilawan bercakap. Sehubungan dengan itu, pelayan restoran tersebut menggunakan bentuk sapaan hormat iaitu Encik semasa berkomunikasi dengan lelaki. Seterusnya, pelayan tersebut mengubah bentuk sapaan hormat kepada bentuk sapaan keluarga iaitu kakak semasa berkomunikasi dengan saya. Sebenarnya, pelayan tersebut dianggap tidak menghormati pelanggan wanita iaitu diri saya kerana tidak menggunakan bentuk sapaan hormat. Namun, pelayan tersebut berasa bahawa penggunaan bentuk sapaan keluarga terhadap pelangan wanita iaitu kakak adalah bentuk sapaan hormat. Tuesday, 17 April 2012
BAHASA DAN LAGU
Biarpun setiap
lagu mempunyai mesej dan rentaknya yang tersendiri namun penggunaan bahasa yang
betul dalam lirik lagu tidak harus diketepikan. Ketiga-tiga unsur dalam
sesebuah lagu iaitu seni kata, muzik, dan vokal yang serasi akan
menentukan mutu nyanyian dan menjadikan lagu itu dapat bertahan lama di persada
seni tanah air. Kecenderungan pengubah lagu tempatan menghasilkan
lagu berentak asli, ghazal atau zapin, mendorong penulis lirik lagu
menghasilkan bait-bait lirik yang mempunyai unsur-unsur seni dengan bahasa yang
indah.
mendendam unggas liar di hutan,
Kehalusan
lirik lagu Cindai cukup indah dan mempunyai maksud tersirat. Maka
tidak hairanlah Cindai berjaya memenangi Juara Lagu 1998 baru-baru ini.
Peminat dan pendengar tempatan kini sudah peka dan lebih menghayati kata-kata
dalam setiap lagu yang diperdengarkan. Tidak salah jika kita katakan
bahawa lagu yang popular biasanya mempunyai kekuatan pada liriknya yang
mengandungi kehalusan kata-kata.
Cuba kita halusi lirik lagi Cindai nyanyian Siti Nurhaliza yang antara lain berbunyi seperti yang berikut: Jalinnya lalu rentah beribu
Bagailah mana hendak berhias
Cerminku retak seribu
Mendendam unggas liar di hutan
Jalan yang tinggal jangan berliku
Tilamku emas cadarnya intan
Berbantal lengan tidurku
Hias cempaka kenanga tepian
Mekarnya kuntum nak idam kumbang
Puas ku jaga si bunga impian
Gugurnya sebelum berkembang
Hendaklah hendak hendak ku rasa
Puncaknya gunung hendak ditawan
Tidaklah tidak tidak ku daya
Tingginya tidak terlawan
Janganlah jangan jangan ku hiba
Derita hati jangan dikenang
Bukanlah bukan bukan ku pinta
Merajuk bukan berpanjangan
Akar beringin tidak berbatas
Cuma bersilang paut di tepi
Bidukku lilin layarnya kertas
Seberang laut berapi
Gurindam lagu bergema takbir
Tiung bernyanyi pohonan jati
Bertanam tebu di pinggir bibir
Rebung berduri di hati
Laman memutih pawana menerpa
Langit membiru awan bertali
Bukan dirintih pada siapa
Menunggu sinarkan kembali
Lagu bukan sahaja
bertujuan untuk menghiburkan semata-mata, malah dapat membentuk keindahan
rohani dan jasmani juga. Unsur dakwah dan nasihat mampu disampaikan
dengan menggunakan bahasa yang baik, sopan, dan indah agar dapat menyentuh hati
pendengar. Dalam hal ini, kita dapat melihat bahawa sesungguhnya
bahasa yang baik dan pemilihan kata yang tepat dalam sesebuah lagu, mampu
membantu lagu tersebut agar diminati pendengar. Penulis lirik
lagu seharusnya tidak hanya mementingkan pulangan material sahaja semasa
mencipta lirik. Ada di kalangan penulis lirik yang malas membuat rujukan
yang menyebabkan lirik ciptaan mereka agak merapu, lari daripada maksud
judul, pemilihan kata yang tidak tepat penggunaannya, dan kadang-kadang
terdapat lirik lagu yang merosakkan keindahan bahasa Melayu itu sendiri. Namun, syabas diucapkan kepada
penulis-penulis lirik yang menggunakan kata-kata yang indah dan dalam masa yang
sama mengambil kira faktor ketepatan pemilihan kata dalam lagu-lagu mereka.
Kata-kata indah yang disulam dengan rentak tradisional dan moden inilah yang
selayaknya menceriakan dan mewarnai persada seni tanah air, di samping
memperluas penggunaan bahasa Melayu.
Monday, 16 April 2012
PETANG ITU BILA..?
Friday, 6 April 2012
ORANG MELAYU DENGAN PANTUNNYA..
SITUASI 25
Pantun adalah salah satu bentuk puisi lisan Melayu dan cabang kesusteraan Melayu yang paling tua. Pantun dikatakan mula dicipta oleh orang Melayu untuk menyampaikan mesej perasaan hati seperti contoh merasa sedih kerana duduk berdagang di perantauan, mengenangkan untung nasib yang malang dan bersuka ria. Pantun menjadi medium utama dalam menyatakan buah fikiran sama ada memberi nasihat, teguran dans sindiran kepada masyarakat sekeliling mereka.
Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berligar-ligar dalam bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji di kalangan masyarakat pra-moden, pra-tulisan, sama seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat yang lain.
Masyarakat terdahulu sememangnya sangat kaya dengan pelbagai bentuk pantun dan jenisnya. Ini menjadi satu keunikkan bagi nenek moyang kita terdahulu yang sangat kreatif dalam penghasilan dan penciptaan sesuatu bentuk pantun tidak kira dari pelbagai aspek sama ada agama, nasihat, tekologi, kehidupan seharian dan sebagainya.
Masyarakat terdahulu sememangnya sangat kaya dengan pelbagai bentuk pantun dan jenisnya. Ini menjadi satu keunikkan bagi nenek moyang kita terdahulu yang sangat kreatif dalam penghasilan dan penciptaan sesuatu bentuk pantun tidak kira dari pelbagai aspek sama ada agama, nasihat, tekologi, kehidupan seharian dan sebagainya.
Thursday, 5 April 2012
BAHASA ARGOT
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:77), argot ialah bahasa yang khusus digunakan oleh kumpulan sosial tertentu dan bersifat rahsia. Pensyarah Sosiolinguistik Melayu (BML 3073) pula mendefinisikan argot sebagai jargon yang khusus bersifat setempat atau kumpulan sosial atau kumpulan sepekerjaan, terutama sekali dalam kalangan masyarakat kelas bawahan.
Pecat
Masyarakat di negeri Kelantan menyebut “pecat” bagi menggambarkan perbuatan “menanggalkan” manakala menurut bahasa Melayu baku, “pecat” bermaksud melepaskan atau memberhentikan.
Contoh ayat: adik pecat baju tu, ibu nok basuh.."suruh seorang ibu kepada anaknya
Timun Cina
Masyarakat di Kelantan mengistilahkan “tembikai” sebagai “timun Cina”. Hal ini demikian kerana, berdasarkan etimologi, tembikai diperkenalkan oleh masyarakat Cina sekaligus menjadikannya sinonim dengan masyarakat berkenaan.
Bekwoh
Perkataan “bekwoh” merupakan adaptasi secara langsung daripada istilah bahasa Inggeris yang bermaksud “big work”. Sehubungan dengan itu, masyarakat di Kelantan menyebut “bekwoh” bagi melambangkan aktiviti kenduri. Walau bagaimanapun, hal tersebut sama sekali berbeza dengan fahaman masyarakat kedah yang menggambarkannya
sebagai merayau!
Wednesday, 4 April 2012
PENCEMARAN BAHASA
SITUASI 23
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran bahasa ini. Antaranya ialah masalah globalisasi. Menurut Kamus Dewan, globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil daripada segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Era globalisasi ini mula berkembang di seluruh pelosok dunia. Perkembangan ini membawa banyak kesan positif walaupun kesan negatif yang diperoleh melalui perkembangan ini tidak dapat dinafikan.
Bahasa Melayu juga tidak ketinggalan dalam menerima kesan negatif akibat daripada perkembangan globalisasi ini. Hal ini kerana perkembangan ini membawa kepada penggunaan telefon bimbit secara berleluasa dan ini membawa kepada penghantaran sistem pesanan ringkas (SMS), alat yang menjadi penghubung antara dua individu dengan kaedah cepat dan menjimatkan, sebenarnya mencemarkan bahasa. Penggunaan simbol, kod dan perkataan singkatan sering berlaku dalam SMS. Tujuaan penggunaan singkatan perkataan, lambang, angka atau kod tertentu adalah untuk menggantikan maksud sebenar. Hal ini berlaku disebabkan ruang yang disediakan cukup terhad. Kadang-kala ayat yang ditulis bercampur aduk antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bergantung kepada perkataan mana lebih pendek supaya maksud yang hendak disampaikan difahami oleh penerimanya dalam ruang terhad itu, contohnya “Nxt week blk umah tak?” Bahasa SMS ini terbawa-bawa kepada penggunaan rasmi seperti karangan, surat rasmi dan memo hingga menyebabkan pencemaran bahasa.Di samping itu, budaya asing yang meresap masuk ke negara kita juga merupakan salah satu punca pencemaran bahasa ini berlaku. Hal ini dapat dikaitkan dengan budaya hip-hop yang semakin popular dalam kalangan remaja di Malaysia. Budaya hip-hop ini merupakan muzik jalanan yang muncul di New York, Amerika pada tahun 70-an. Muzik ini popular di Malaysia dengan kemunculan kumpulan-kumpulan muzik seperti Too Phat, The Rebel Scum dan sebagainya. Kemunculan muzik ini membawa kepada pencemaran bahasa kerana penciptaan lirik lagu menggunakan bahasa pasar. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan ketua kumpulan The Rebel Scum yang mengatakan bahawa, “Pada kami, perumpamaan dan istilah bahasa pasar lebih senang untuk ditulis dan yang mendengar memahami mesej yang nak disampaikan.”
Perbuatan ini membawa kepada pencemaran bahasa kerana para pendengar lagu hip-hop ini akan terbawa-bawa gaya tersebut dalam percakapan seharian seperti “Yo,yo,yo, buat pe bro” walaupun gaya ini dianggap sebagai ‘bahasa seni’ dalam genre hip-hop.Sektor pendidikan juga merupakan penyebab kepada pencemaran bahasa ini. Keadaan ini berlaku berikutan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyarankan bahawa unsur-unsur tatabahasa mestilah diajarkan secara tidak formal. Penguasaan tatabahasa dalam kalangan pelajar menjurus ke arah penggunaan ayat yang tercemar bahasanya dari segi tatabahasa, misalnya “Saya berasal daripada Negeri Sembilan.” Ayat ini tercemar dari segi penggunaan tatabahasa kerana sepatutnya kata sendi ‘dari’ yang harus digunakan dalam ayat tersebut untuk menunjukkan tempat. Mohd Zaki bin Zakaria (2001) dalam kajiannya mendapati ada sebilangan guru yang langsung tidak mengajar tatabahasa dalam pengajaran berikutan saranan kementerian tersebut. Hal ini merupakan salah satu punca berlakunya pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini kerana perkara yang diajarkan di sekolah akan dijadikan ikutan sepanjang hidup dan sukar diubah seperti “ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya?”Seterusnya, buku yang berbeza huraian atau pegangan juga mengakibatkan pencemaran Bahasa Melayu. Perkara ini disebabkan perbezaan pendapat tokoh itu sendiri. Di negara kita ini, ada pelbagai buku, baik buku tatabahasa mahupun buku teks Bahasa Melayu, yang digunakan di sekolah. Bagi pengguna bahasa yang mendalami bidang Bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi, mereka pernah didedahkan kepada buku tatabahasa yang ditulis Za'ba, Asmah Omar dan lain-lain. Pelajar sekolah pula didedahkan kepada aspek tatabahasa berdasarkan buku tatabahasa pegangan, iaitu Tatabahasa Dewan. Hal ini mengakibatkan kekeliruan kerana ketidakseragaman huraian daripada segi ejaan, golongan kata dan tatabahasa.
. Penggunaan dialek ini menjadi punca pencemaran Bahasa Melayu kerana guru-guru mengambil jalan mudah dan cenderung menggunakan bahasa dialek atau daerah sebagai bahasa penghantar dengan alasan pelajar lebih mudah memahami sesuatu yang disampaikan oleh guru dan suasana pengajaran akan bersifat menghiburkan serta mudah menimbulkan situasi kemesraan antara guru dan pelajar. Namun, tanpa disedari sikap ambil mudah ini akan melahirkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa. Para pelajar itulah juga yang kemudian akan menjadi manusia yang akan memegang jawatan yang penting dan berpengaruh seperti pentadbir, penulis editor, pemimpin politik dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)