Muhasabah Cinta
Thursday, 20 September 2012
Tuesday, 18 September 2012
DI HATI INI HANYA TUHAN YANG TAHU..
~♥ Hati…~♥
Siapa yang mengetahui isi hati seseorang?siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia? bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang be
rsedih? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat?
Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.
Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati. Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu. Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.
Begitu juga ketika hati kita merasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri. “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”
Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.
Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati. Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu. Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.
Begitu juga ketika hati kita merasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri. “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”
Monday, 10 September 2012
MUHASABAH CINTA KU~
Wahai...
Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Thursday, 2 August 2012
Friday, 4 May 2012
PENGGUNAAN BAHASA HALUS DAN BAHASA KASAR
SITUASI 40
Alhamdulillah, bersyukur kepada Ilahi, masih diberi kesempatan ini.
Bahasa halus ialah bahasa yang digunakan secara beradat dan bersopan santun serta menggunakan segala strategi untuk memaniskan percakapan. Penggunaan bahasa halus ini mempunyai beberapa tujuan, antaranya adalah untuk menghormati dan menjaga perasaan orang yang dilawan bercakap, mewujudkan kemesraan dalam perhubungan dan sebagainya. Selain itu, kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban antara penutur dan pendengar mempengaruhi pemilihan perkataan dan kata ganti nama. Oleh itu, bahasa halus ialah bahasa yang lebih sopan dan lebih manis serta tidak menyinggung perasaan orang yang mendengar atau membaca. Pada kebiasaannya, bahasa halus disukai oleh semua orang berbanding penggunaan bahasa kasar. Disamping itu, bahasa kiasan dan peribahasa telah digunakan secara meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus, iaitu bersopan santun dan tidak terlalu berterus terang.
Berikut adalah beberapa contoh penggunaan bahasa halus :
Bahasa kasar
|
Bahasa halus
|
Mati
|
Meninggal dunia / pulang ke rahmatullah
|
Orang gaji
|
Pembantu rumah
|
Jaga
|
Pengawal keselamatan
|
Jamban
|
Tandas
|
Kencing
|
Buang air kecil
|
Mengandung
|
Berbadan dua
|
Pada suatu hari, di dalam kelas, pensyarah telah menegur pelajar- pelajar mengenai penggunaan bahasa yang kurang sopan atau bahasa kasar, iaitu pelajar telah menggunakan perkataan ‘jamban’ semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tersebut. Beliau mengatakan bahawa perkataan seperti itu hanya sesuai digunakan semasa di rumah atau digunakan sesama sendiri. Perkataan tersebut harus digantikan dengan perkataan yang lebih halus atau sopan, iaitu tandas.
Pendapat :
Kita perlu bijak memilih perkataan-perkataan yang sesuai semasa bertutur dan harus bergantung kepada situasi atau keadaan persekitaran. Hal ini demikian kerana jika kita tersalah menggunakan bahasa pada sesuatu situasi, kita akan dianggap sebagai seorang pengguna bahasa yang tidak sopan. dan juga akan dikatakan seorang yang tidak beradab. Sebagai contoh, semasa kita berada dalam situasi formal dan melibatkan golongan masyarakat yang mempunyai kedudukan dan pangkat, kita haruslah menggunakan bahasa yang sopan dan halus agar menghormati orang disekeliling. Keadaan ini berbeza jika kita bersama-sama rakan-rakan, ahli keluarga atau orang yang rapat dengan diri kita, maka kita bebas untuk menggunakan sebarang perkataan semasa berkomunikasi. Oleh itu, seorang pengguna bahasa yang baik harus peka akan bahasa yang dituturkan demi kebaikan diri sendiri dan orang lain dan secara tidak langsung dapat memartabatkan bahasa Melayu.
Thursday, 3 May 2012
BAHASA DAN SIMBOL
SIMBOL/PAPAN TANDA
|
MAKSUDNYA
|
Berhenti
|
|
|
Tanda arah sesuatu tempat/ destinasi Berhenti dan beri laluan kepada kenderaan dari arah kanan |
|
Jalan yang berliku-liku
Pengguna dikehendaki
berhati-hati
Dilarang memotong
|
Wednesday, 2 May 2012
BOLEH BAH....!! BAHASA ORANG SABAH.
SITUASI 38
Bahasa Melayu Sabah ialah Bahasa Melayu yang
ditutur oleh masyarakat di Sabah, Malaysia
Timur. Bahasa Melayu Sabah mempunyai
banyak persamaan dengan Bahasa Melayu Piawai,
namun terdapat perbezaan dalam perkataan-perkataan tertentu, penggunaan
perkataan, serta cara penyampaian. Perbezaan ini adalah hasil daripada pengaruh
bahasa-bahasa tempatan (contohnya, BahasaKadazan, Bahasa Bajau dan Bahasa Murut) dan bahasa-bahasa negara jiran (Bahasa Melayu Brunei, Bahasa
Tagalog dan Bahasa Indonesia. Sebagai contoh, Bahasa Melayu
Sabah di kawasanPapar, Beaufort, Kuala Penyu, dan Sipitang banyak dipengaruhi oleh Bahasa Melayu Brunei manakala
Bahasa Melayu Sabah di Pantai Timur Sabah (Sandakan, Lahad Datu, Tawau, dan Semporna)
pula mendapat pengaruh daripada Filipina dan Indonesia.
Penggunaan perkataan bah
Bah di dalam bahas Melayu Piawai
bermaksud banjir besar (flood).
Tetapi di dalam bahasa sabah ia membawa
maksud kepada ayat penegasan, ataupun juga digunakan sebagai kata mesra. Penggunaah perkataan bah boleh
berada di mana mana ayat.. ia boleh berada
di hadapan, di tengah ataupun di belakang ayat
Contoh ayat ringkas:
tengah - Kenapa bah kau
berubah.. (kenapa awak berubah..)
belakang - Kawan kau tu tambirang bah.. (kawan
awak tu sombong..)
Penggunaan kata tambah -bah
Salah satu
penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu Piawai
ialah kata tambah -bah yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah -bah
mempunyai fungsi seperti berikut:
Kata penyudah
untuk menguatkan ekspresi kata
§ Iya bah. - Iya, lah.
Kata tambah
pemula untuk memulakan percakapan. Ia boleh diganti dengan kata "saya mula
bercakap" (bagaimanapun, penggunaan kata ini tidak diguna dalam Bahasa
Melayu Piawai. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
§ Bah, pigi la kamu dulu - (Saya menjawab kamu)
Pergilah kamu dahulu.
Ia juga memberi
maksud sudah, atau penamat kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah
"Baiklah", atau "Begitulah".
§ Bah. - Baiklah
Kata tambahan
-bah adalah contoh jelas pengaruh bahasa Kadazandusun ke
atas Bahasa Melayu Sabah.
Walaubagaimanapun perkataan bah juga boleh berdiri dengan sendiri tanpa dibantu
dengan perkataan lain. Ia digunaakan untuk merujuk
kepada jaminan atau pengakuan.
Subscribe to:
Posts (Atom)