Tuesday 18 September 2012

DI HATI INI HANYA TUHAN YANG TAHU..


~♥ Hati…~♥

Siapa yang mengetahui isi hati seseorang?
siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia? bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang be
rsedih? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat?
Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.
Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati. Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu. Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.
Begitu juga ketika hati kita merasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri. “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”


Monday 10 September 2012


MUHASABAH CINTA KU~
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu



Friday 4 May 2012

PENGGUNAAN BAHASA HALUS DAN BAHASA KASAR


SITUASI  40 

Alhamdulillah, bersyukur kepada Ilahi, masih diberi kesempatan ini. 
Bahasa halus ialah bahasa yang digunakan secara beradat dan bersopan santun serta menggunakan segala strategi untuk memaniskan percakapan. Penggunaan bahasa halus ini mempunyai beberapa tujuan, antaranya adalah untuk menghormati dan menjaga perasaan orang yang dilawan bercakap, mewujudkan kemesraan dalam perhubungan dan sebagainya. Selain itu, kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban antara penutur dan pendengar mempengaruhi pemilihan perkataan dan kata ganti nama. Oleh itu, bahasa halus ialah bahasa yang lebih sopan dan lebih manis serta tidak menyinggung perasaan orang yang mendengar atau membaca. Pada kebiasaannya, bahasa halus disukai oleh semua orang berbanding penggunaan bahasa kasar. Disamping itu, bahasa kiasan dan peribahasa telah digunakan secara meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus, iaitu bersopan santun dan tidak terlalu berterus terang.
Berikut adalah beberapa contoh penggunaan bahasa halus :

Bahasa kasar
Bahasa halus
Mati
Meninggal dunia / pulang ke rahmatullah
Orang gaji
Pembantu rumah
Jaga
Pengawal keselamatan
Jamban
Tandas
Kencing
Buang air kecil
Mengandung
Berbadan dua

Pada suatu hari, di dalam kelas, pensyarah telah menegur pelajar- pelajar mengenai penggunaan bahasa yang kurang sopan atau bahasa kasar, iaitu pelajar telah menggunakan perkataan ‘jamban’ semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tersebut. Beliau mengatakan bahawa perkataan seperti itu hanya sesuai digunakan semasa di rumah atau digunakan sesama sendiri. Perkataan tersebut harus digantikan dengan perkataan yang lebih halus atau sopan, iaitu tandas.

Pendapat  : 

Kita perlu bijak memilih perkataan-perkataan yang sesuai semasa bertutur dan harus bergantung kepada situasi atau keadaan persekitaran. Hal ini demikian kerana jika kita tersalah menggunakan bahasa pada sesuatu situasi, kita akan dianggap sebagai seorang pengguna bahasa yang tidak sopan. dan juga akan dikatakan seorang yang tidak beradab. Sebagai contoh, semasa kita berada dalam situasi formal dan melibatkan golongan masyarakat yang mempunyai kedudukan dan pangkat, kita haruslah menggunakan bahasa yang sopan dan halus agar menghormati orang disekeliling. Keadaan ini berbeza jika kita bersama-sama rakan-rakan, ahli keluarga atau orang yang rapat dengan diri kita, maka kita bebas untuk menggunakan sebarang perkataan semasa berkomunikasi. Oleh itu, seorang pengguna bahasa yang baik harus peka akan bahasa yang dituturkan demi kebaikan diri sendiri dan orang lain dan secara tidak langsung dapat memartabatkan bahasa Melayu.

Thursday 3 May 2012

BAHASA DAN SIMBOL





SITUASI 39
Assalamualaikum...kalam dimulakan....
Bahasa dan simbol sememang sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita. Hal ini demikian kerana dengan menggunakan simbol pada papan tanda akan memberi penjelasan kepada orang ramai tentang sesuatu aspek. Bahasa papan tanda ini, kebiasaannya mudah terdapat di jalan-jalan raya yang sudah sebati, bagi memberitahu pengguna jalan raya akan sesuatu hal. Ini tidak memerlukan orang untuk bercakap secara langsung, tetapi melalui papan tanda kita akan mengetahui maklumat yang dikehendaki dengan sebaiknya. 
Berikut adalah contoh penggunaan papan tanda sebagai maklumat kepada pengguna : 



SIMBOL/PAPAN TANDA
MAKSUDNYA




Berhenti








Tanda arah sesuatu tempat/ destinasi










Berhenti dan beri laluan kepada kenderaan dari arah kanan

Jalan yang berliku-liku
Pengguna dikehendaki berhati-hati
Dilarang memotong



Wednesday 2 May 2012

BOLEH BAH....!! BAHASA ORANG SABAH.




SITUASI 38

Bahasa Melayu Sabah ialah Bahasa Melayu yang ditutur oleh masyarakat di Sabah, Malaysia Timur. Bahasa Melayu Sabah mempunyai banyak persamaan dengan Bahasa Melayu Piawai, namun terdapat perbezaan dalam perkataan-perkataan tertentu, penggunaan perkataan, serta cara penyampaian. Perbezaan ini adalah hasil daripada pengaruh bahasa-bahasa tempatan (contohnya, BahasaKadazan, Bahasa Bajau dan Bahasa Murut) dan bahasa-bahasa negara jiran (Bahasa Melayu Brunei, Bahasa Tagalog dan Bahasa Indonesia. Sebagai contoh, Bahasa Melayu Sabah di kawasanPapar, Beaufort, Kuala Penyu, dan Sipitang banyak dipengaruhi oleh Bahasa Melayu Brunei manakala Bahasa Melayu Sabah di Pantai Timur Sabah (Sandakan, Lahad Datu, Tawau, dan Semporna) pula mendapat pengaruh daripada Filipina dan Indonesia.
Penggunaan perkataan bah

Bah di dalam bahas Melayu Piawai bermaksud banjir besar (flood).
Tetapi di dalam bahasa sabah ia membawa maksud kepada ayat penegasan, ataupun juga digunakan sebagai kata mesra. Penggunaah perkataan bah boleh berada di mana mana ayat.. ia boleh berada di hadapan, di tengah ataupun di belakang ayat

Contoh ayat ringkas:
tengah     - Kenapa bah kau berubah.. (kenapa awak berubah..)
belakang - Kawan kau tu tambirang bah.. (kawan awak tu sombong..)


Penggunaan kata tambah -bah

Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu Piawai ialah kata tambah -bah yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah -bah mempunyai fungsi seperti berikut:
Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
§  Iya bah. - Iya, lah.
Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Ia boleh diganti dengan kata "saya mula bercakap" (bagaimanapun, penggunaan kata ini tidak diguna dalam Bahasa Melayu Piawai. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
§  Bah, pigi la kamu dulu - (Saya menjawab kamu) Pergilah kamu dahulu.
Ia juga memberi maksud sudah, atau penamat kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".
§  Bah. - Baiklah
Kata tambahan -bah adalah contoh jelas pengaruh bahasa Kadazandusun ke atas Bahasa Melayu Sabah.

Walaubagaimanapun perkataan bah juga boleh berdiri dengan sendiri tanpa dibantu dengan perkataan lain. Ia digunaakan untuk merujuk kepada jaminan atau pengakuan.



Tuesday 1 May 2012

PENGGUNAAN PERKATAAN "OK"





SITUASI 37

Penulisan kali ini adalah bertujuan membincangkan penggunaan ok dalam perbualan seharian. Penggunaan ok telah menjadi kelaziman terutamanya semasa memulakan perbualan, mengakhiri perbualan dan mengesahkan sesuatu. Penggunaan ok dapat kita lihat dalam komunikasi kita bersama rakan-rakan malah saya sendiri turut terbiasa dengan perkataan itu. Sebenarnya penggunaan ok boleh dielakkan dengan menggantikan perkataan tersebut dengan 'baiklah' dan perkataan yang difikirkan sesuai dengan konteks penggunaanya. Sekiranya kita gagal dalam membendung penggunaan 'ok' ini, penggunaan bahasa Melayu baku yang sempurna tidak akan tercapai. Sebagai seorang mahasiswa dan bakal guru, saya brharap rakan-rakan dan anda semua mengurangkan penggunaan perkataan ini dalam komunikasi seharian. Oleh itu, sebagai rakyat yang prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu baku kita sewajarnya mengelakkan daripada menggunakan perkataan yang dapat menggugatkan martabat bahasa Melayu itu sendiri.

Monday 30 April 2012

PERANCANGAN BAHASA KITA




SITUASI 36
Perancangan bahasa bererti pembinaan bahasa secara sedar untuk memungkinkan sesuatu bahasa itu berupaya menangani fungsi-fungsi baru yang dikenakan ke atasnya. Bahasa melayu dirancang supaya dapat menjadi bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang dan kehakiman, bahasa ilmu, dan bahasa seluruh sistem kehidupan moden. Perancangan bahasa terbahagi kepada dua bahagian iaitu perancangan taraf dan Perancangan korpus
Perancangan yang pertama memberikan taraf tertentu kepada sesuatu bahasa, sementara perancangan jenis yang kedua membina bahan bahasa tersebut menjadi bahasa yang kemas sistemnya supaya dapat memenuhi taraf yang diberikan kepadanya. Manakala, Perancangan taraf bahasa Melayu melibatkan pemberian tiga taraf penting kepada bahasa Melayu.

 Masing-masing ialah taraf sebagai
· bahasa kebangsaan,
· bahasa rasmi, dan
· bahasa pendidikan.


Taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan amat besar ertinya, terutama sebagai lambang dan unsur penyatuan bangsa Malaysia. Tentu sukar diterima akal bahawa bahasa yang dinobatkan sebagai bahasa bagi 25 juta orang (dalam konteks Malaysia saja) tidak dapat menjadi wahana pemikiran moden, sedangkan transformasi budaya terus-menerus  berlangsung. Oleh itu, taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan terus mengukuhkan potensi bahasa tersebut sebagai bahasa yang dapat berinteraksi dengan isu-isu dunia moden.
Seterusnya dalam Taraf bahasa rasmi yang ditetapkan bagi bahasa Melayu pula menyediakan ruang yang cukup luas bagi bahasa Melayu berkembang dalam bidang-bidang profesional seperti pentadbiran, pengurusan, undang-undang, ekonomi, dan lain-lain. Hal ini demikian kerana menurut tafsiran Perlembagaan, istilah rasmi merujuk kepada segala urusan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan Pentadbiran Awam. Dengan tafsiran itu dan dengan andaian bahawa tafsiran itu berlaku sepenuh-penuhnya, maka tidak diragui bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa moden, iaitu bahasa yang dapat mengungkapkan konsep-konsep kehidupan moden. Dapat dikatakan bahawa seluruh konsep yang berkaitan dengan urusan rasmi kenegaraan mewakili kehidupan dunia moden. Yang menjadi soal ialah kemampuan dan kesediaan semua kalangan yang terlibat dalam pentadbiran negara menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi.

Taraf bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan atau bahasa ilmu menyediakan ruang yang cukup luas untuk kita memupuk bahasa tersebut sebagai bahasa moden. Hal ini demikian kerana asas kehidupan moden yang terpenting ialah ilmu. Bahasa yang mampu mengungkapkan hal ehwal ilmu dengan sendirinya adalah bahasa moden. Dengan potensinya yang telah terbukti pada zaman gemilang tamadun Melayu-Islam sebagai bahasa ilmu, dan dengan dibantu oleh adanya Dasar Bahasa Kebangsaan serta Dasar Pendidikan Kebangsaan, bahasa Melayu kini sedang ada di landasan menuju kesempurnaannya sebagi bahasa moden. Bahasa Melayu bukan saja dapat menjadi wahana penyebaran ilmu di peringkat persekolahan dan dalam bidang sains sosial, malah terbukti mampu menjangkau ke peringkat universiti dan masuk ke medan ilmu-ilmu di peringkat persekolahan dan dalam bidang sains sosial, malah terbukti mampu menjangkau ke peringkat universiti dan masuk ke medan ilmu-ilmu sains tabii dan bidang teknikal.
Hubungan pembakuan bahasa dengan perancangan bahasa adalah secara mudahnya, perancangan bahasa ialah "usaha, tindakan, atau proses merancang sesuatu bahasa yang tertentu secara sedar untuk memungkinkan bahasa itu mampu memenuhi fungsi-fungsi tertentu". Takrif yang dikemukakan itu dapat dihubungkan dengan tahap-tahap perancangan bahasa yang dikemukakan oleh Profesor St. Takdir Alisjahbana, iaitu:

1. pemilihan bahasa kebangsaan;
2. propaganda;
3. pembakuan;
4. peluasan penggunaannya

Pejuang dan pemimpin awal negara telah memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ketetapan itu diabadikan dalam Perlembagaan Negara yang menjadi undang-undang induk. Tahap propaganda untuk memungkinkan penerimaan bahasa yang dipilih itu telah berlangsung dengan jayanya pada tahun 1960-an melalui kempen Minggu dan Bulan Bahasa Kebangsaan di bawah teraju Panglima Bahasa Allahyarham Tun Syed Nasir Ismail yang ketika itu menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Tahap ketiga, iaitu pembakuan merupakan proses yang berterusan tetapi asasnya telah diletakkan. Tahap keempat, iaitu peluasan penggunaan bahasa tersebut berkaitan dengan fungsi yang diberikan kepada bahasa itu. Dalam konteks bahasa Melayu di Malaysia, tiga fungsi utama yang ditekankan ialah fungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu. Fungsi pertama dan kedua ditetapkan dalam Perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, manakala fungsi ketiga ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1961.

Friday 27 April 2012

BAHASA KOINE




SITUASI 35
Bahasa Koine sama dengan bahasa lingua franca. Bahasa jenis ini digunakan oleh semua orang dalam satu-satu daerah atau wilayah tertentu. Boleh kita katakan bahasa ini ialah dialek yang menjadi bahasa standard dikongsi milik oleh daerah-daerah secara politik dalam satu kesatuan. Misalnya bahasa Arab, di seluruh daerah Arab terdapat dialek-dialek Arab yang berbeza antara satu sama yang lain. Contoh jenis-jenis dialek setempat ialah seperti berikut;

Oman, Kuwait, Iraq, Syria, Jordan,
Yemen, Saudi, Mesir, Sudan, Libya,
Tunisia, Aljeris, Maghribi, Mauritania,
Lebanon, Amiriah Arab Bersatu

Walaupun di negara Arab mempunyai pelbagai dialek Arab, namun bukan semua mereka memahami dialek-dialek berkenaan. Namun dengan kewujudan Al-Quran, maka mereka dapat mengatasi masalah tersebut. Bahasa Arab Al-Quran atau Arab Klasik adalah bahasa sepunya yang digunakan oleh orang Arab di dalam dunia Arab. Bahasa Arab ini juga dikenali sebagai Bahasa Koine.

Thursday 26 April 2012

PENGGUNAAN KATA GANTI DIRI ORANG KE TIGA.


SITUASI 34
Hari ini ketika berada di kelas sosiolinguistik, aku memperoleh satu lagi isu baru mengenai penggunaan kata ganti nama diri orang ketiga. Semasa sesi pembentangan berlangsung, rakan pembentang telah melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri orang ketiga. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan adalah seperti berikut:
            Dia tidak mengambil kira…
            Dia lebih kepada bahasa Inggeris…
Menerusi ayat di atas, rakan pembentang telah menggunakan kata ganti nama diri orang ketiga, “dia” bagi merujuk kepada tajuk pembentangan tersebut, iaitu pentadbiran swasta. Bukankah fungsi sebenar kata ganti nama digunakan untuk menggantikan kata nama orang? Walau bagaimanapun, rakan pembentang telah menggunakan kata ganti nama “dia” untuk merujuk kepada sesuatu perkara yang sememangnya bukan orang.
            Selain itu, ketika sesi soal jawab berlangsung, sekali lagi rakan pembentang melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri orang ketiga ini. rakan pembentang telah menggunakan kata ganti nama “dia” untuk merujuk kepada seseorang yang berkedudukan tinggi. Kata ganti nama diri yang sesuai bagi merujuk seseorang yang berjawatan naib canselor ialah “beliau”. Penggunaan kata ganti nama diri “dia” hanyalah digunakan untuk merujuk orang umum seperti orang biasa dan rakan-rakan.
         Oleh itu, kita sewajarnya prihatin terhadap penggunaan bahasa ketika berkomunikasi terutamanya dalam situasi formal supaya tabiat ini tidak terbawa-bawa apabila kita menjadi guru kelak.

Wednesday 25 April 2012

SOPANNYA DIA




SITUASI 33
"Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. "

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. 
Sebagai insan, kita hendaklah menghormati orang-orang yang berada di sekeliling kita, sama ada tua atau muda. Panggilan dengan gelaran yang betul dan penggunaan bahasa sopan perlu diketengahkan dalam perbualan kita. Sebagai contoh:
Situasi di tepi jalan raya. Ada seorang pak cik tua ingin melintas jalan. Dengan rasa bertimbang rasanya Aman membantu pak cik tersebut melintasi jalan yang sangat sibuk. Perbualan antara Pak Cik dengan Aman. 
Aman: Assalamualaikum Pak cik. Boleh saya bantu pak cik melintasi jalan ini.
Pak Cik: wa'alaikumussalam anak, boleh. Terima kasih banyak anak kerana membantu pak ciknya.

Tuesday 24 April 2012

BAHASA KREOL



SITUASI 32

Bahasa Kreol merupakan bahasa yang sudah menjadi bahasa ibunda serta merupakan bahasa pertama bagi sesebuah keluarga atau pun kelompoknya. Penggunaan bahasa ini tidak terbatas kepada kelompoknya sahaja, malah turut juga ditiru sebutannya oleh masyarakat Melayu yang hidup bersama kelompok penutur tersebut. Menurut R.A. Hudson (1983: 66), menyatakan bahawa bahasa kreol adalah daripada bahasa pidgin yang telah diterima sebagai bahasa natif. Manakala Peter Trudgill pula mendefinisikan bahasa kreol sebagai bahasa pidgin yang telah mempunyai penutur-penutur yang menukarkannya sebagai pertama, seperti yang tersebut dalam bukunya yang telah diterjemahkan oleh Nik Safiah Karim (1984: 234) “Sosiolinguistik Satu Pengenalan”. 

  “Bahasa Kreol ialah bahasa yang bukan berasal daripada bahasa tempatan sesebuah negara tetapi datang dari luar. Ia telah begitu lama digunakan dan menerima unsur-unsur bahasa tempatan. Bahasa itu kemudiannya menjadi bahasa natif atau bahasa ibunda bagi kelompok penutur dalam masyarakat berkenaan.” 
     

 Sementara Asmah Haji Omar (1991: 28) pula berpendapat bahawa bahasa kreol adalah bahasa kacukan yang sudah mantap, yang merupakan kacukan daripada sekurang-kurangnya dua bahasa. Daripada penerangan dan petikan tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa bahasa kreol adalah asalnya daripada bahasa pidgin atau bahasa lingua franca yang telah diterima masuk ke dalam bahasa tempatan dan telah diterima sebagai bahasa pertama mereka. Para pengkaji tempatan juga bersetuju dengan pendapat bahawa bahasa kreol  bukanlah bahasa pidgin atau bahasa tempatan tetapi bahasa kreol itu adalah bahasanya yang tersendiri dengan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri juga.


Bahasa Kreol mempunyai cirinya yang tersendiri, menurut Nik Safiah Karim dalam bukunya “Sosiolinguistik Satu Pengenalan”, beliau menyatakan bahawa bahasa kreol ini mempunyai lingua franca kerana dituturkan oleh beberapa kumpulan dalam situasi dan konteks mereka sendiri. 
“Keadaan bertambah sulit apabila bahasa  Djuka iaitu antara bahasa kreol yang paling terkenal juga dituturkan dalam bentuk pidgin sebagai lingua franca oleh beberapa kumpulan orang Dayak Amerika yang tinggal di situ.” 
Bahasa Kreol juga mempunyai ciri kemasukan unsur-unsur kesalahan, jika diteliti terhadap bahasa Baba dan Nyonya didapati bahawa bahasa ini banyak dipinjam daripada bahasa Cina terutamanya bahasa Hokkien. Dengan demikian, kebanyakan perkataanya mempunyai penyebutan bunyi yang hampir sama dengan bahasa Hokkien. Contohnya: 

  Perkataan    Sebutan 
  Lauteng    lau-teng 
  Teko     te-ko 
  Kuchai     ku-chai 
  Kueh Tiau    kutiau



Namun begitu makna perkataan tersebut tidak lari daripada makna yang terdapat dalam bahasa Melayu. Namun begitu makna perkataan tersebut tidak lari daripada makna yang terdapat dalam bahasa Melayu. Misalnya ayat bahasa Melayu dibandingkan dengan bahasa Baba dan Nyonya. Cuma unsur tatabahasa adalah tidak tepat jika ditinjau dari sudut bahasa Melayu. Contohnya: 

 Saya mahu masak nasi. (Ayat bahasa Melayu) 
 Gua mo masak nasik. (Ayat Baba Nyonya)

PENDAPAT: Sememangnya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan wujudnya bahasa kreol dalam masyarakat di Malaysia. Berdasarkan analisis yang dibuat dengan rujukan terperinci mengenai bahasa kreol ini dapatlah dikupas beberapa faktor yang telah mempengaruhi kewujudan bahasa kreol itu sendiri, antara yang terpenting merupakan faktor geografi, faktor perkahwinan, faktor perniagaan dan juga  faktor pembeza.

Monday 23 April 2012

NEKA BAHASA KITA





SITUASI 31
Alhamdulillah, bersyukur pada ilahi masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumiNya.
Pada kali ini, situasi yang ingin difokuskan adalah mengenai neka bahasa. Neka bahasa Melayu terbahagi kepada tiga iaitu  
Bahasa yg ditempatkan di atas sesebuah bahasa atau bbrp jenis bahasa yg sedia ada.
Bahasa ini ada sifat & ciri yg tinggi & unggul & mengatasi bhs-bhs lain yang ada dalam sesebuah negara tersebut. 

Antara elemen-elemen bahasa yang terdapat dalam neka bahasa jenis Inklusif ini adalah seperti :
•Bahasa Kebangsaan 
Bahasa Rasmi
•Lingua Franca
•Bahasa Pijin
•Bahasa Kreol
•Bahasa Koine

Friday 20 April 2012

BAHASA IBUNDA MEDIUM BUDAYA BANGSA



SITUASI 30
Bahasa ibunda antaranya adalah istilah yang merujuk kepada bahasa leluhur sesuatu kelompok etnik. Sama ada ia bahasa besar atau sebaliknya, bahasa ibunda penting dalam kehidupan sesuatu kelompok itu, khususnya dalam konteks budaya diamalkan. Dalam konteks ini, ia adalah salah satu daripada beberapa kaedah utama, yang membolehkan kelompok berkenaan menyebar serta mewariskan budayanya kepada generasi muda.

Sehubungan ini, dialek Melayu Kelantan adalah penanda identifikasi kepada budaya kelompok Melayu di Kelantan. Identifikasi ini antaranya boleh wujud dalam kata, makna, idiom dan nahu dialek Melayu itu, serta amalan bahasa dipraktikkan oleh Orang Melayu Kelantan.

Cara menyebar dan mewariskan budaya melalui bahasa, boleh mengambil pelbagai bentuk. Antaranya termasuk lagu, puisi, cerita, dan seni. Penyebar dan pewarisnya pula boleh terdiri daripada orang perseorangan, kumpulan, pertubuhan kebudayaan dan kesenian, dan institusi rasmi, seperti yayasan. Dalam hal ini, bahasa ibunda sebenarnya adalah wahana penting, untuk memastikan elemen budaya, seperti sejarah, sistem nilai, kepercayaan dan sosial, terus tersebar dan diwarisi.

Untuk Malaysia, dalam menyambut Hari Ibunda Sedunia ini, kita boleh antaranya meraikan kepelbagaian bahasa ibunda dan budaya kaum yang ada dalam negara ini. Sambutan sebegini sudah tentu dapat mempromosikan peranan dan kepentingan bahasa dalam pembangunan dan kewujudan budaya mapan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik. Pendekatan begini juga bertepatan dengan keadaan sosiobudaya yang pelbagai di negara ini.

Apabila berbicara mengenai budaya mapan, dan dalam kes Malaysia sebagai pelbagai budaya yang terus mantap dan kekal, selain tidak akan pupus, dalam konteks peranan bahasa untuk menjamin pelestariannya, kita sebetulnya perlu memastikan bahasa ibunda kita, terus dituturkan, khususnya oleh generasi muda.
Sehubungan ini, ramai antara kita selalu beranggapan bahawa bahasa ibunda kita, sama ada dialek Melayu Kelantan, bahasa Cina suku Hokkien, ataupun bahasa Orang Asli Semai, tidak mempunyai banyak nilai, jika dibandingkan dengan bahasa besar, seperti bahasa Melayu Standard, bahasa Mandarin, dan bahasa antarabangsa seperti bahasa Inggeris. Justeru, ramai ibu bapa tidak lagi mewariskan bahasa leluhur kepada anak mereka.

Sesungguhnya pandangan begini adalah salah sama sekali. Ia antaranya dilihat dari segi peranan bahasa Cina suku Hokkien misalnya, yang didapati tidak mempunyai banyak sumbangan terhadap kehidupan dunia moden, khususnya dalam memperoleh ganjaran kebendaan.

Dalam konteks bahasa leluhur, kehilangan walaupun satu daripadanya di muka bumi ini, misalnya bahasa Temuan dalam kalangan Orang Asli, bukan saja menjadi musibah kepada komuniti bahasa berkenaan. Tetapi ia adalah juga kerugian besar kepada kita di Malaysia khasnya, selaku rakyat Malaysia, dan juga kepada dunia amnya, yakni kita semua sebagai umat dunia.

Hubung kait antara bahasa dan cara hidup harian inilah yang menjadi satu ciri kehidupan yang akan hilang apabila bahasa hilang. Apabila ini berlaku, komuniti bahasa berkenaan akan menjadi kelompok yang kehilangan arah bahasa. Ini antaranya bermakna mereka tidak lagi mengetahui kata yang sepatutnya digunakan, untuk mengungkapkan sesuatu yang ingin dan perlu diperkata.

Dengan kata lain, bahasa lain yang dikuasai untuk menggantikan bahasa ibunda yang hilang itu, akan menjadikan komuniti bahasa berkenaan satu kelompok yang tidak mempunyai hala tuju, dari segi identiti kebahasaan, untuk seketika waktu. Apabila dan selepas bahasa lain dipelajari dan dikuasai, budaya asal komuniti berkenaan akan berubah. Ia tidak lagi diamal dalam bentuk dan cara asalnya.


Sebenarnya kata dan istilah baharu itu hanya pandangan yang hampir saja, justeru tidak pun tepat maksudnya. Makna tepat serta pengertian sepunya, tidak akan dikongsi dan difahami bersama-sama lagi oleh seluruh komuniti berkenaan, seperti yang berlaku pada kata dan istilah lama dalam bahasa ibunda yang hilang itu.

Satu masa yang agak lama diperlukan bagi komuniti berkenaan, untuk berkongsi dan memahami kata dan istilah baharu itu, secara bersama-sama sebagai satu komuniti bahasa. Walaupun, pada akhirnya ia dapat dilakukan selepas mengambil beberapa waktu, budaya asal itu tidak terungkap lagi, yakni tidak mampu dinyatakan lagi dalam bahasa lain, dengan menggunakan konteks bahasa lama.




Thursday 19 April 2012

ANTARA LOBAK DAN SAWI




SITUASI 29
Alhamdulillah, bersyukur pada Ilahi. 
Situasi pada kali ini adalah mengisah tentang penggunaan panggilan bagi sawi dan lobak. Lain tempat, lain panggilnya. Keadaan inilah yang dapat digambarkan dengan perbezaan daerah dan negeri menyebabkan nama dipanggil berlainan. Lain Terengganu, lain pula Kelantan istilah bagi sayur tersebut. 
Situasi ini berlaku apabila saya balik dari pasar membeli sayur dan meletakkannya di atas meja. Membuatkan satu persoalan telah terjawab. Perbualan antara orang Terengganu dengan orang Kelantan telah menunjukan perbezaan nama bagi sayur ini. Bagi masyarakat Terengganu, lobak adalah lobak, manakala masyarakat Kelantan memanggil sawi adalah lobak.



Sememangnya, seperti sedia maklum terdapat dua jenis lobak, iaitu lobak merah dan lobak putih. Bagi masyarakat Terengganu, Lobak adalah merujuk kepada lobak atau dalam bahasa Inggerisnya ''Carrot". Betullah panggilan bagi masyarakat Terengganu itu. 

Namun, berbeza pula bagi sesetengah masyarakat di Kelantan, lobak adalah merujuk kepada sawi yang berdaun lebar. Sayur sawi ini, jika di Kelantan memanggilnya dengan panggilan lobak. Perbezaan tempat telah menunjukkan bahawa sayur yang sama tetapi dipanggil dengan nama yang berlainan.