Friday 4 May 2012

PENGGUNAAN BAHASA HALUS DAN BAHASA KASAR


SITUASI  40 

Alhamdulillah, bersyukur kepada Ilahi, masih diberi kesempatan ini. 
Bahasa halus ialah bahasa yang digunakan secara beradat dan bersopan santun serta menggunakan segala strategi untuk memaniskan percakapan. Penggunaan bahasa halus ini mempunyai beberapa tujuan, antaranya adalah untuk menghormati dan menjaga perasaan orang yang dilawan bercakap, mewujudkan kemesraan dalam perhubungan dan sebagainya. Selain itu, kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban antara penutur dan pendengar mempengaruhi pemilihan perkataan dan kata ganti nama. Oleh itu, bahasa halus ialah bahasa yang lebih sopan dan lebih manis serta tidak menyinggung perasaan orang yang mendengar atau membaca. Pada kebiasaannya, bahasa halus disukai oleh semua orang berbanding penggunaan bahasa kasar. Disamping itu, bahasa kiasan dan peribahasa telah digunakan secara meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus, iaitu bersopan santun dan tidak terlalu berterus terang.
Berikut adalah beberapa contoh penggunaan bahasa halus :

Bahasa kasar
Bahasa halus
Mati
Meninggal dunia / pulang ke rahmatullah
Orang gaji
Pembantu rumah
Jaga
Pengawal keselamatan
Jamban
Tandas
Kencing
Buang air kecil
Mengandung
Berbadan dua

Pada suatu hari, di dalam kelas, pensyarah telah menegur pelajar- pelajar mengenai penggunaan bahasa yang kurang sopan atau bahasa kasar, iaitu pelajar telah menggunakan perkataan ‘jamban’ semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tersebut. Beliau mengatakan bahawa perkataan seperti itu hanya sesuai digunakan semasa di rumah atau digunakan sesama sendiri. Perkataan tersebut harus digantikan dengan perkataan yang lebih halus atau sopan, iaitu tandas.

Pendapat  : 

Kita perlu bijak memilih perkataan-perkataan yang sesuai semasa bertutur dan harus bergantung kepada situasi atau keadaan persekitaran. Hal ini demikian kerana jika kita tersalah menggunakan bahasa pada sesuatu situasi, kita akan dianggap sebagai seorang pengguna bahasa yang tidak sopan. dan juga akan dikatakan seorang yang tidak beradab. Sebagai contoh, semasa kita berada dalam situasi formal dan melibatkan golongan masyarakat yang mempunyai kedudukan dan pangkat, kita haruslah menggunakan bahasa yang sopan dan halus agar menghormati orang disekeliling. Keadaan ini berbeza jika kita bersama-sama rakan-rakan, ahli keluarga atau orang yang rapat dengan diri kita, maka kita bebas untuk menggunakan sebarang perkataan semasa berkomunikasi. Oleh itu, seorang pengguna bahasa yang baik harus peka akan bahasa yang dituturkan demi kebaikan diri sendiri dan orang lain dan secara tidak langsung dapat memartabatkan bahasa Melayu.

Thursday 3 May 2012

BAHASA DAN SIMBOL





SITUASI 39
Assalamualaikum...kalam dimulakan....
Bahasa dan simbol sememang sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita. Hal ini demikian kerana dengan menggunakan simbol pada papan tanda akan memberi penjelasan kepada orang ramai tentang sesuatu aspek. Bahasa papan tanda ini, kebiasaannya mudah terdapat di jalan-jalan raya yang sudah sebati, bagi memberitahu pengguna jalan raya akan sesuatu hal. Ini tidak memerlukan orang untuk bercakap secara langsung, tetapi melalui papan tanda kita akan mengetahui maklumat yang dikehendaki dengan sebaiknya. 
Berikut adalah contoh penggunaan papan tanda sebagai maklumat kepada pengguna : 



SIMBOL/PAPAN TANDA
MAKSUDNYA




Berhenti








Tanda arah sesuatu tempat/ destinasi










Berhenti dan beri laluan kepada kenderaan dari arah kanan

Jalan yang berliku-liku
Pengguna dikehendaki berhati-hati
Dilarang memotong



Wednesday 2 May 2012

BOLEH BAH....!! BAHASA ORANG SABAH.




SITUASI 38

Bahasa Melayu Sabah ialah Bahasa Melayu yang ditutur oleh masyarakat di Sabah, Malaysia Timur. Bahasa Melayu Sabah mempunyai banyak persamaan dengan Bahasa Melayu Piawai, namun terdapat perbezaan dalam perkataan-perkataan tertentu, penggunaan perkataan, serta cara penyampaian. Perbezaan ini adalah hasil daripada pengaruh bahasa-bahasa tempatan (contohnya, BahasaKadazan, Bahasa Bajau dan Bahasa Murut) dan bahasa-bahasa negara jiran (Bahasa Melayu Brunei, Bahasa Tagalog dan Bahasa Indonesia. Sebagai contoh, Bahasa Melayu Sabah di kawasanPapar, Beaufort, Kuala Penyu, dan Sipitang banyak dipengaruhi oleh Bahasa Melayu Brunei manakala Bahasa Melayu Sabah di Pantai Timur Sabah (Sandakan, Lahad Datu, Tawau, dan Semporna) pula mendapat pengaruh daripada Filipina dan Indonesia.
Penggunaan perkataan bah

Bah di dalam bahas Melayu Piawai bermaksud banjir besar (flood).
Tetapi di dalam bahasa sabah ia membawa maksud kepada ayat penegasan, ataupun juga digunakan sebagai kata mesra. Penggunaah perkataan bah boleh berada di mana mana ayat.. ia boleh berada di hadapan, di tengah ataupun di belakang ayat

Contoh ayat ringkas:
tengah     - Kenapa bah kau berubah.. (kenapa awak berubah..)
belakang - Kawan kau tu tambirang bah.. (kawan awak tu sombong..)


Penggunaan kata tambah -bah

Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu Piawai ialah kata tambah -bah yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah -bah mempunyai fungsi seperti berikut:
Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
§  Iya bah. - Iya, lah.
Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Ia boleh diganti dengan kata "saya mula bercakap" (bagaimanapun, penggunaan kata ini tidak diguna dalam Bahasa Melayu Piawai. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
§  Bah, pigi la kamu dulu - (Saya menjawab kamu) Pergilah kamu dahulu.
Ia juga memberi maksud sudah, atau penamat kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah "Baiklah", atau "Begitulah".
§  Bah. - Baiklah
Kata tambahan -bah adalah contoh jelas pengaruh bahasa Kadazandusun ke atas Bahasa Melayu Sabah.

Walaubagaimanapun perkataan bah juga boleh berdiri dengan sendiri tanpa dibantu dengan perkataan lain. Ia digunaakan untuk merujuk kepada jaminan atau pengakuan.



Tuesday 1 May 2012

PENGGUNAAN PERKATAAN "OK"





SITUASI 37

Penulisan kali ini adalah bertujuan membincangkan penggunaan ok dalam perbualan seharian. Penggunaan ok telah menjadi kelaziman terutamanya semasa memulakan perbualan, mengakhiri perbualan dan mengesahkan sesuatu. Penggunaan ok dapat kita lihat dalam komunikasi kita bersama rakan-rakan malah saya sendiri turut terbiasa dengan perkataan itu. Sebenarnya penggunaan ok boleh dielakkan dengan menggantikan perkataan tersebut dengan 'baiklah' dan perkataan yang difikirkan sesuai dengan konteks penggunaanya. Sekiranya kita gagal dalam membendung penggunaan 'ok' ini, penggunaan bahasa Melayu baku yang sempurna tidak akan tercapai. Sebagai seorang mahasiswa dan bakal guru, saya brharap rakan-rakan dan anda semua mengurangkan penggunaan perkataan ini dalam komunikasi seharian. Oleh itu, sebagai rakyat yang prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu baku kita sewajarnya mengelakkan daripada menggunakan perkataan yang dapat menggugatkan martabat bahasa Melayu itu sendiri.