SITUASI 40
Alhamdulillah, bersyukur kepada Ilahi, masih diberi kesempatan ini.
Bahasa halus ialah bahasa yang digunakan secara beradat dan bersopan santun serta menggunakan segala strategi untuk memaniskan percakapan. Penggunaan bahasa halus ini mempunyai beberapa tujuan, antaranya adalah untuk menghormati dan menjaga perasaan orang yang dilawan bercakap, mewujudkan kemesraan dalam perhubungan dan sebagainya. Selain itu, kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban antara penutur dan pendengar mempengaruhi pemilihan perkataan dan kata ganti nama. Oleh itu, bahasa halus ialah bahasa yang lebih sopan dan lebih manis serta tidak menyinggung perasaan orang yang mendengar atau membaca. Pada kebiasaannya, bahasa halus disukai oleh semua orang berbanding penggunaan bahasa kasar. Disamping itu, bahasa kiasan dan peribahasa telah digunakan secara meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus, iaitu bersopan santun dan tidak terlalu berterus terang.
Berikut adalah beberapa contoh penggunaan bahasa halus :
Bahasa kasar
|
Bahasa halus
|
Mati
|
Meninggal dunia / pulang ke rahmatullah
|
Orang gaji
|
Pembantu rumah
|
Jaga
|
Pengawal keselamatan
|
Jamban
|
Tandas
|
Kencing
|
Buang air kecil
|
Mengandung
|
Berbadan dua
|
Pada suatu hari, di dalam kelas, pensyarah telah menegur pelajar- pelajar mengenai penggunaan bahasa yang kurang sopan atau bahasa kasar, iaitu pelajar telah menggunakan perkataan ‘jamban’ semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tersebut. Beliau mengatakan bahawa perkataan seperti itu hanya sesuai digunakan semasa di rumah atau digunakan sesama sendiri. Perkataan tersebut harus digantikan dengan perkataan yang lebih halus atau sopan, iaitu tandas.
Pendapat :
Kita perlu bijak memilih perkataan-perkataan yang sesuai semasa bertutur dan harus bergantung kepada situasi atau keadaan persekitaran. Hal ini demikian kerana jika kita tersalah menggunakan bahasa pada sesuatu situasi, kita akan dianggap sebagai seorang pengguna bahasa yang tidak sopan. dan juga akan dikatakan seorang yang tidak beradab. Sebagai contoh, semasa kita berada dalam situasi formal dan melibatkan golongan masyarakat yang mempunyai kedudukan dan pangkat, kita haruslah menggunakan bahasa yang sopan dan halus agar menghormati orang disekeliling. Keadaan ini berbeza jika kita bersama-sama rakan-rakan, ahli keluarga atau orang yang rapat dengan diri kita, maka kita bebas untuk menggunakan sebarang perkataan semasa berkomunikasi. Oleh itu, seorang pengguna bahasa yang baik harus peka akan bahasa yang dituturkan demi kebaikan diri sendiri dan orang lain dan secara tidak langsung dapat memartabatkan bahasa Melayu.
maksud lebih spesifik mengenai bahasa kasar Cikgu?
ReplyDeletemaksud lebih spesifik mengenai bahasa kasar Cikgu?
ReplyDeletecikgu boleh tak menjelaskan dengan lebih banyak tentang fungsi penggunaan bahasa halus
ReplyDelete