Penulisan
kali ini adalah bertujuan membincangkan penggunaan ok dalam perbualan seharian.
Penggunaan ok telah menjadi kelaziman terutamanya semasa memulakan perbualan,
mengakhiri perbualan dan mengesahkan sesuatu. Penggunaan ok dapat kita
lihat dalam komunikasi kita bersama rakan-rakan malah saya sendiri turut
terbiasa dengan perkataan itu. Sebenarnya penggunaan ok boleh dielakkan dengan menggantikan
perkataan tersebut dengan 'baiklah' dan perkataan yang difikirkan sesuai dengan
konteks penggunaanya. Sekiranya kita gagal dalam membendung penggunaan 'ok'
ini, penggunaan bahasa Melayu baku yang sempurna tidak akan tercapai. Sebagai
seorang mahasiswa dan bakal guru, saya brharap rakan-rakan dan anda semua
mengurangkan penggunaan perkataan ini dalam komunikasi seharian. Oleh itu, sebagai rakyat yang prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu baku kita sewajarnya mengelakkan daripada menggunakan perkataan yang dapat menggugatkan martabat bahasa Melayu itu sendiri.
salam ^^
ReplyDeletesuka entri awak
dan saya nak minta tolong T_T..
saya nak tahu cara penggunaan perkataan GAGAL yang betul
terima kasih