SITUASI 36
Perancangan bahasa bererti pembinaan
bahasa secara sedar untuk memungkinkan sesuatu bahasa itu berupaya menangani
fungsi-fungsi baru yang dikenakan ke atasnya. Bahasa melayu dirancang supaya
dapat menjadi bahasa pentadbiran, bahasa undang-undang dan kehakiman, bahasa
ilmu, dan bahasa seluruh sistem kehidupan moden. Perancangan bahasa terbahagi
kepada dua bahagian iaitu perancangan taraf dan Perancangan korpus
Perancangan yang pertama memberikan
taraf tertentu kepada sesuatu bahasa, sementara perancangan jenis yang kedua
membina bahan bahasa tersebut menjadi bahasa yang kemas sistemnya supaya dapat
memenuhi taraf yang diberikan kepadanya. Manakala, Perancangan
taraf bahasa Melayu melibatkan pemberian tiga taraf penting kepada bahasa
Melayu.
Masing-masing ialah taraf sebagai
· bahasa kebangsaan,
· bahasa rasmi, dan
· bahasa pendidikan.
· bahasa kebangsaan,
· bahasa rasmi, dan
· bahasa pendidikan.
Taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan amat besar ertinya, terutama sebagai lambang dan unsur penyatuan bangsa Malaysia. Tentu sukar diterima akal bahawa bahasa yang dinobatkan sebagai bahasa bagi 25 juta orang (dalam konteks Malaysia saja) tidak dapat menjadi wahana pemikiran moden, sedangkan transformasi budaya terus-menerus berlangsung. Oleh itu, taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan terus mengukuhkan potensi bahasa tersebut sebagai bahasa yang dapat berinteraksi dengan isu-isu dunia moden.
Seterusnya dalam Taraf bahasa rasmi
yang ditetapkan bagi bahasa Melayu pula menyediakan ruang yang cukup luas bagi
bahasa Melayu berkembang dalam bidang-bidang profesional seperti pentadbiran,
pengurusan, undang-undang, ekonomi, dan lain-lain. Hal ini demikian kerana
menurut tafsiran Perlembagaan, istilah rasmi merujuk kepada segala urusan
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan Pentadbiran Awam. Dengan tafsiran
itu dan dengan andaian bahawa tafsiran itu berlaku sepenuh-penuhnya, maka tidak
diragui bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa moden, iaitu bahasa yang
dapat mengungkapkan konsep-konsep kehidupan moden. Dapat dikatakan bahawa seluruh
konsep yang berkaitan dengan urusan rasmi kenegaraan mewakili kehidupan dunia
moden. Yang menjadi soal ialah kemampuan dan kesediaan semua kalangan yang
terlibat dalam pentadbiran negara menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan
rasmi.
Taraf bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan atau bahasa ilmu menyediakan ruang yang cukup luas untuk kita memupuk bahasa tersebut sebagai bahasa moden. Hal ini demikian kerana asas kehidupan moden yang terpenting ialah ilmu. Bahasa yang mampu mengungkapkan hal ehwal ilmu dengan sendirinya adalah bahasa moden. Dengan potensinya yang telah terbukti pada zaman gemilang tamadun Melayu-Islam sebagai bahasa ilmu, dan dengan dibantu oleh adanya Dasar Bahasa Kebangsaan serta Dasar Pendidikan Kebangsaan, bahasa Melayu kini sedang ada di landasan menuju kesempurnaannya sebagi bahasa moden. Bahasa Melayu bukan saja dapat menjadi wahana penyebaran ilmu di peringkat persekolahan dan dalam bidang sains sosial, malah terbukti mampu menjangkau ke peringkat universiti dan masuk ke medan ilmu-ilmu di peringkat persekolahan dan dalam bidang sains sosial, malah terbukti mampu menjangkau ke peringkat universiti dan masuk ke medan ilmu-ilmu sains tabii dan bidang teknikal.
Hubungan pembakuan bahasa dengan
perancangan bahasa adalah secara mudahnya, perancangan bahasa ialah
"usaha, tindakan, atau proses merancang sesuatu bahasa yang tertentu
secara sedar untuk memungkinkan bahasa itu mampu memenuhi fungsi-fungsi
tertentu". Takrif yang dikemukakan itu dapat dihubungkan dengan tahap-tahap
perancangan bahasa yang dikemukakan oleh Profesor St. Takdir Alisjahbana,
iaitu:
1. pemilihan bahasa kebangsaan;
2. propaganda;
3. pembakuan;
4. peluasan penggunaannya
Pejuang dan pemimpin awal negara
telah memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ketetapan itu
diabadikan dalam Perlembagaan Negara yang menjadi undang-undang induk. Tahap
propaganda untuk memungkinkan penerimaan bahasa yang dipilih itu telah
berlangsung dengan jayanya pada tahun 1960-an melalui kempen Minggu dan Bulan
Bahasa Kebangsaan di bawah teraju Panglima Bahasa Allahyarham Tun Syed Nasir
Ismail yang ketika itu menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Tahap ketiga,
iaitu pembakuan merupakan proses yang berterusan tetapi asasnya telah
diletakkan. Tahap keempat, iaitu peluasan penggunaan bahasa tersebut berkaitan
dengan fungsi yang diberikan kepada bahasa itu. Dalam konteks bahasa Melayu di
Malaysia, tiga fungsi utama yang ditekankan ialah fungsi sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu. Fungsi pertama dan kedua ditetapkan
dalam Perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, manakala fungsi ketiga
ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1961.
No comments:
Post a Comment