Thursday, 26 April 2012

PENGGUNAAN KATA GANTI DIRI ORANG KE TIGA.


SITUASI 34
Hari ini ketika berada di kelas sosiolinguistik, aku memperoleh satu lagi isu baru mengenai penggunaan kata ganti nama diri orang ketiga. Semasa sesi pembentangan berlangsung, rakan pembentang telah melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri orang ketiga. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan adalah seperti berikut:
            Dia tidak mengambil kira…
            Dia lebih kepada bahasa Inggeris…
Menerusi ayat di atas, rakan pembentang telah menggunakan kata ganti nama diri orang ketiga, “dia” bagi merujuk kepada tajuk pembentangan tersebut, iaitu pentadbiran swasta. Bukankah fungsi sebenar kata ganti nama digunakan untuk menggantikan kata nama orang? Walau bagaimanapun, rakan pembentang telah menggunakan kata ganti nama “dia” untuk merujuk kepada sesuatu perkara yang sememangnya bukan orang.
            Selain itu, ketika sesi soal jawab berlangsung, sekali lagi rakan pembentang melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri orang ketiga ini. rakan pembentang telah menggunakan kata ganti nama “dia” untuk merujuk kepada seseorang yang berkedudukan tinggi. Kata ganti nama diri yang sesuai bagi merujuk seseorang yang berjawatan naib canselor ialah “beliau”. Penggunaan kata ganti nama diri “dia” hanyalah digunakan untuk merujuk orang umum seperti orang biasa dan rakan-rakan.
         Oleh itu, kita sewajarnya prihatin terhadap penggunaan bahasa ketika berkomunikasi terutamanya dalam situasi formal supaya tabiat ini tidak terbawa-bawa apabila kita menjadi guru kelak.

No comments:

Post a Comment