Wednesday, 25 April 2012

SOPANNYA DIA




SITUASI 33
"Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. "

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. 
Sebagai insan, kita hendaklah menghormati orang-orang yang berada di sekeliling kita, sama ada tua atau muda. Panggilan dengan gelaran yang betul dan penggunaan bahasa sopan perlu diketengahkan dalam perbualan kita. Sebagai contoh:
Situasi di tepi jalan raya. Ada seorang pak cik tua ingin melintas jalan. Dengan rasa bertimbang rasanya Aman membantu pak cik tersebut melintasi jalan yang sangat sibuk. Perbualan antara Pak Cik dengan Aman. 
Aman: Assalamualaikum Pak cik. Boleh saya bantu pak cik melintasi jalan ini.
Pak Cik: wa'alaikumussalam anak, boleh. Terima kasih banyak anak kerana membantu pak ciknya.

No comments:

Post a Comment