BIDALAN
Bidalan ialah peribasaha yang berfungsi sebagai nasihat seperti
perumpaan, bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.
Bagaimanapun bdalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti,
bagai, laksana dan umpama.
Perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah bidalan lebih kerap
diguanakan, mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih
ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran.
Contoh bidalan:
Malu
berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
|
Jika
kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
Maksud
lapis pertama jelas dan maksud lapis kedua merujuk orang yangs edikit ilmu
dan pengalaman supaya tidak mencuba sesuatu yang rumit.
|
Terlajak
perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
|
Perumpamaan ialah susunan katakata yang indah, ringkas,dan kemas
serta mempunyai maksud yang tersirat.
Biasanya,
perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama.
Contoh perumpamaan dan maksudnya adalah seperti yang berikut.
Perumpamaan
|
Maksud
|
Bagai
aur dengan tebing
|
tolong-menolong
antara satu dengan yang lain
|
Bagai
bunyi cempedak jatuh
|
bunyi
jatuh yang kuat
|
Bagai
bulan dipagari bintang
|
kecantikan
gadis yang tiada bandingannya
|
Bagai
diiris dengan sembilu
|
perasaan
yang sangat pedih
|
Bagai
duri dalam daging
|
sesuatu
hal yang tidak menyenangkan
|
Bagai enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
|
hanya
mementingkan diri sendiri
|
PEPATAH DAN PERBILANGAN
Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama
dengan pepatah dan bidalan melainkan perbilangan disusun berangkap-rangkap
seperti ikatan puisi.
Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan
disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau
perkataan.
Ia berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau
peraturan masyarakat.
Contoh:
Bulat
air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
|
Hati
manusia sama dicecah, hati gajah sama dilapah.
|
Cubit
paha iri, paha kanan sakit juga.
|
Ditelan
mati emak, diluah mati bapak.
|
Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:
Simpulan Bahasa
|
Maksudnya
|
ada angin
|
berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
|
ada hati
|
mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
|
air muka
|
rupa atau wajah seseorang
|
ajak-ajak ayam
|
tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
|
GURINDAM
Gurindam adalah
satu bentuk Puisi
Melayu lama yang terdiri dari dua baris
kalimat dengan irama akhir yang sama, yang merupakan satu kesatuan yang utuh.
Baris pertama berisikan semacam soal, masalah atau perjanjian dan baris kedua
berisikan jawapannya atau akibat dari masalah atau perjanjian pada baris
pertama tadi.
Contoh-contoh Gurindam:
Barangsiapa meninggalkan sembahyang, seperti rumah
tiada bertiang.
Hendak mengenal orang berbangsa, lihatlah kepada budi dan bahasa.
Pada orang tua jangan derhaka, supaya Allah tidak murka.
Kalau mulut tajam dan kasar, kelak ditimpa bahaya besar.
Hendak mengenal orang berbangsa, lihatlah kepada budi dan bahasa.
Pada orang tua jangan derhaka, supaya Allah tidak murka.
Kalau mulut tajam dan kasar, kelak ditimpa bahaya besar.
SELOKA
Seloka merupakan bentuk puisi Melayu
Klasik, berisikan pepetah maupun perumpamaan yang mengandung senda gurau,
sindiran bahkan ejekan. Biasanya ditulis empat baris memakai bentuk pantun atau
syair, terkadang dapat juga ditemui seloka yang ditulis lebih dari empat baris.
Kata "seloka" diambil dari bahasa Sansekerta, sloka
Contoh Seloka:
Sudah bertemu kasih sayang
Duduk terkurung malam siang
Hingga setapak tiada renggang
Tulang sendi habis berguncang
Tamsil
Tamsil adalah misalan yang berkias serta mengandungi pengajaran dan teladan.
Contoh: Bawa resmi padi, makin berisi makin menunduk.
Ibarat mempunyai maksud berlapis, iaitu maksud tersurat berbeza dengan maksud yang tersirat.
Kiasan sering digunakan untuk menyindir.
Contoh ibarat:
Lukah Tok Guru sudah mengena
Ikan sudah termakan kail.
Kiasan ibarat mengunakan bahasa yang indah dan berbunga-bunga.
Terdapat dalam bentuk prosa dan puisi.
Contoh kias ibarat:
Segala penat lelahnya sudah membuahkan hasil.
Tamsil ibarat ialah gabungan bahasa tamsil dan ibarat, terkandung di dalamnya unsur pengajaran.
Contoh: Sesiapa berusaha memanjat pokok rajin dan melelai dahannya sudah pasti ia ke pucuk kemuliaan dan mengecap buah kesenangan.
Memberikan pengajaran, teladan, dan panduan hidup kepada manusia.
Contoh Cerita Sang Kancil, Burung Bayan Budiman dan sebagainya.
KATA PUJANGGA
Kata Hikmat
merupakan hasil pemikiran bijak pandai dan tokoh-tokoh tersohor, dan biasanya
mengandungi pengertian yang mendalam.
Jelaslah, menunjukkan bahawa masyarakat Melayu sangat kaya dengan ungkapan-ungkapa yang menarik dan sangat puitis dalam penghasilan setiap kata-kata tersebut. Penggunaannya bukan sahaja memberi nasihat, teguran, motivasi dan sebagainya kepada masyarakat lain malah menjadi khazanah Melayu yang "tak lapuk dek hujan tak lekang Dek panas.. warisan Zaman berzaman..."
No comments:
Post a Comment