Monday, 16 April 2012

PETANG ITU BILA..?



SITUASI 26
Assalamualaikum, bersua lagi dalam laman sosiolinguistik ini. Situasi kali ini mengenai mewahnya bahasa kita dengan pelbagai kosa kata.
 
Cuti pertenggahan semester sudah bermula....
Situasi ini mengisahkan dua orang pelajar IPTA sedang rancak berbual mengenai percutian mereka untuk pulang ke kampung masing-masing.

Aman   : Cuti ni pergi mana?

Ahmad : Balik kampung la, nak ke mana pulak lagi?!

Aman  : Manalah tau, kut ada ikut projek mana-mana ke, projek kolej, projek persatuan, program universiti. Cuti ni ada yang pergi program anak angkat bakti siswa, ada lawatan luar negara...

Ahmad: Tak lah, aku balik kampung aje. Lagipun cuti seminggu aje dan ini cuti pertama sejak bergelar mahasiswa ni! hehehe...rindulah kat kampung, dah tujuh minggu tinggalkan kampung halaman kan....

Aman   : Kita samalah! Aku pun nak balik kampung juga. Eh! Bila nak balik kampungnya?.

Ahmad  : Malam nanti...

Aman     : Malam?

Ahmad   : A'aa....tiket siang dah abis!

Aman: Eh! Kawan sebilik kau ni bila balik agaknya?.

Ahmad: Petang....

Aman: Ooo.. Petang. Dia ke mana ni? Katil dia dah tak bercadar, semua barang dah tak ada.

Ahmad: Balik kampung le...

Aman: Petang kan?!

Ahmad: Ha'ah Petang....

Aman: Awalnya dia keluar?! Pagi sangat ni, pejabat asrama pun belum buka lagi. 

Ahmad: Petang le, sebelum dia balik. Dia ada kelas pagi tu, lepas tu baru dia balik. Kalau ikutkan aku pun nak balik petang, tapi kelas aku sampai pukul 6

Aman: Eh! keliru aku ni, tak faham lah!!

Ahmad   : Tak faham apa?

Aman     : Yala, hari ni dah menang tak ada kelas, hari sabtu, tapi kau kata petang ada kelas pula. 

Ahmad   : Betullah tu, hari ni hari sabtu tak ada kelas, tapi petang, hari jumaat masih ada kelas. Jadual aku setiap hari Jumaat ni sampai pukul 6. 

Aman: Maknnya, petang yang kau cakap ni semalam le yek?
Ahmad: Ha'a...yesterday!Isy kena cakap orang putih pulak baru faham. 

Aman: Abis tu kau kata petang, petang tu maknanya karang le, lepas tengah hari nanti. 

Ahmad: Itu petang karang, kalau petang aje maknanya yesterday!!

Amam: Bahasa apa yang kau pakai ni? Tak sama macam orang lain....

Ahmad: Bahasa Melayu le, bahasa apa pulak lagi.

Aman: Tapi kalau bahasa Melayu, petang tu maknanya waktu selepas tengah hari dan sebelum malam. 

Ahmad: Orang tempat aku, petang tu maknanya hari sebelum hari ini, semalam...

Aman: Maknanya kawan sebilik kau ni balik semalam la ye.. Bukan petang karang?

Ahmad: A'aa..betul laa tu..

Petang di sini merujuk kepada semalam iaitu hari sebelum hari ini yang digunakan dalam dialek Perak.
Manakala, petang mengikut kebiasaan adalah waktu selepas tengah hari hingga terbenam matahari.

No comments:

Post a Comment