Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:77), argot ialah bahasa yang khusus digunakan oleh kumpulan sosial tertentu dan bersifat rahsia. Pensyarah Sosiolinguistik Melayu (BML 3073) pula mendefinisikan argot sebagai jargon yang khusus bersifat setempat atau kumpulan sosial atau kumpulan sepekerjaan, terutama sekali dalam kalangan masyarakat kelas bawahan.
Pecat
Masyarakat di negeri Kelantan menyebut “pecat” bagi menggambarkan perbuatan “menanggalkan” manakala menurut bahasa Melayu baku, “pecat” bermaksud melepaskan atau memberhentikan.
Contoh ayat: adik pecat baju tu, ibu nok basuh.."suruh seorang ibu kepada anaknya
Timun Cina
Masyarakat di Kelantan mengistilahkan “tembikai” sebagai “timun Cina”. Hal ini demikian kerana, berdasarkan etimologi, tembikai diperkenalkan oleh masyarakat Cina sekaligus menjadikannya sinonim dengan masyarakat berkenaan.
Bekwoh
Perkataan “bekwoh” merupakan adaptasi secara langsung daripada istilah bahasa Inggeris yang bermaksud “big work”. Sehubungan dengan itu, masyarakat di Kelantan menyebut “bekwoh” bagi melambangkan aktiviti kenduri. Walau bagaimanapun, hal tersebut sama sekali berbeza dengan fahaman masyarakat kedah yang menggambarkannya
sebagai merayau!
No comments:
Post a Comment