Wednesday, 18 April 2012

SOPAN BERBAHASA





SITUASI 28
'Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'. Ke mana sahaja kita berada, tingkah laku dan adab mesti dijaga dengan sebaiknya kerana tingkah laku dan pertuturan itulah akan melambangkan peribadi setiap insan. Bahasa dan tingkah laku yang sopan sangat dituntut dalam pergaulan kita seharian sama ada berada dalam kalangan golongan muda mahupun yang tua. 
Saya telah pergi ke restoran yang berdekatan dengan kolej kediaman untuk membeli makan malam. Berikut adalah perbualan yang berlaku antara saya dengan pelayan restoran tersebut.
Pelayan            : Encik hendak makan apa?
Lelaki              : Nasi Goreng Kampung satu.
Pelayan            : Minum?               
Lelaki              : Teh panas ye.
Pelayan            : Kakak, nak makan apa?
Saya                : Nasi Goreng Kampung juga.
Pelayan            : Minum kak?
Saya                : Air suam.
Selepas itu, pelayan tersebut pergi untuk menyediakan makanan. Sebenarnya, saya ingin berkongsi mengenai bahasa sopan dalam penulisan blog ini. Bahasa sopan menggunakan dua ciri yang ketara. Pertamanya adalah penggunaan bentuk sapaan yang padan dengan orang yang ditegur atau dilawan cakap. Keduanya adalah penggunaan peringkat atau taraf bahasa yang sesuai dengan konteks percakapan. Secara ringkasnya, bahasa sopan merujuk kepada penggunaan bentuk bahasa yang hormat apabila hendak menghormati orang yang dilawan bercakap. Sehubungan dengan itu, pelayan restoran tersebut menggunakan bentuk sapaan hormat iaitu Encik semasa berkomunikasi dengan lelaki. Seterusnya, pelayan tersebut mengubah bentuk sapaan hormat kepada bentuk sapaan keluarga iaitu kakak semasa berkomunikasi dengan saya. Sebenarnya, pelayan tersebut dianggap tidak menghormati pelanggan wanita iaitu diri saya kerana tidak menggunakan bentuk sapaan hormat. Namun, pelayan tersebut berasa bahawa penggunaan bentuk sapaan keluarga terhadap pelangan wanita iaitu kakak adalah bentuk sapaan hormat. 

No comments:

Post a Comment