SITUASI 18
Alhamdulillah, segala puji bagi tuhan Semesta Alam. Hari ini akan saya ingin berkongsi sedikit kisah bahasa antara saya dengan insan yang berhati Mulia. Situasi ini berlaku di Pekan Bidor atau lebih tepat lagi dalam pasar Pekan Bidor, Perak. Di sini, ingin saya sampaikan adalah perbezaan dialek dalam kalangan masyarakat masih dapat berkomunikasi dengan baiknya. Ini menunjukkan bahawa, walaupun kita berbeza dari segi dialek tetapi maklumat dan perkara yang ingin dituturkan masih dapat difahami antara satu sama lain. Kisahnya bermula apabila saya dan rakan mengikut seorang nenek atau saya memanggilnya dengan gelaran "Opah" dan menemaninya ke pasar untuk membeli sayur-sayuran dan sebagainya. Sudah sedia maklum, bahawa di Pekan tersebut majoriti penduduknya adalah terdiri daripada kaum India dan Cina. Penjualnya terdiri daripada kaum India dan selebihnya Melayu dan Cina. Sementara itu, walaupun berbeza tempat dan sebutan atau gelaran bagi seseorang tetapi individu tersebut adalah orang yang sama.
Misalnya di Kelantan, kebanyakkan masyarakatnya memanggil datuk atau nenek dengan gelaran ''Tok", Tok Wan" ''Mek'' bagi nenek, '' Chik" bagi datuk. Di sini, gelaran yang lebih mesra adalah "Opah" yang merujuk kepada orang yang berusia atau warga emas. Gelaran tersebut menjadi kebiasaan bagi masyaakat di situ dan semua yang mengenali nenek angkat saya memanggilnya dengan gelaran 'Opah' tidak kira sama ada orang tersebut mempunyai perhubungan kekeluargaan atau tidak.
No comments:
Post a Comment