GAYA BAHASA RASMI DAN TAK RASMI DALAM BERBAHASA.
SITUASI 12Alhamdulillah...segala puji bagi ilahi...Topik pada kali ini adalah mengenai gaya bahasa. Setiap pertuturan yang diujarkan mempunyai gaya bahasa yang tersendiri. Sebenarnya perkataan 'gaya' memgikut pengertian luas bermaksudcorak, bentuk atau rupa sesuatu. Dalam konteks bahasa pula gaya adalah merujuk kepada cara pengungkapan, yaknni cara bertutur, menulis dan sebagainya. Sementara itu, gaya bahasa lazimnya meliputi aspek-aspek kesesuaian dalam situasi-situasi yang tertentu. Walau bagaimanapun, terdapat dua perkara penting yang sering dijadikan ukuran untuk menentukan baik-buruk sesuatu gaya bahasa iaitu kejelasan dan unsur-unsur yang menarik dalam bahasa itu sendiri.Sememangnya terdapat banyak jenis gaya bahasa yang dapat dilihat dalam pelbagai segi. Antaranya adalah seperti gaya bahasa rasmi dan tak rasmi, gaya tulisan dan lisan, gaya ditinjau berdasarkan nada, dan gaya dari segi langsung tidaknya makna.
GAYA BAHASA RASMI
Gaya bahasa yang digunakan dalam situasi-situasi yang rasmi seperti sewaktu memberi ucapan, menyampaikan berita melalui radio atau televisyen, membaca khutbah, dan menulis rencana dan makalah yang serius iaitu membincangkan tajuk-tajuk yang pentin. Dalam semua konteks bahasa yang digunakan itu adalah bersifat baik dan sempurna.
Siapa yang menggunakan Gaya Bahasa Rasmi ??..
|
Khatib Membaca Khutbah |
|
Memberi Ucapan |
|
PEMBERITA |
GAYA BAHASA TAK RASMIGaya bahasa tak rasmi merupakan variasi bahasa yang digunakan dalam situasi-situasi yang tidak formal atau kurang formal seperti perbualan ringan, tulisanyang bernada ringan dan semua penggunaan bahasa harian yang tidak bersifat rasmi. Gaya bahasa tak rasmi ini mengandungi nada yang tidak setegang nada variasi rasmi, serta pilihan kata yang lebih sederhana. Siapa pula yang menggunakan gaya bahasa tak rasmi ye.??
|
PERBUALAN TELEFON |
|
PERBUALAN HARIAN |
Perbezaan antara gaya rasmi dengan tak rasmi adalah terletak pada situasinya. Gaya bahasa rasmi dapat dibandingkan dengan melihat aspek pemakaian pakaian. Gaya bahasa rasmi juga diumpamakan pakaian rasmi, pakaian upacara sementara gaya bahasa tak rasmi adalah ibarat pakaian kerja iaitu pakaian yang baik, bersih, sesuai dengan keadaan tetapi untuk keperluan harian.
No comments:
Post a Comment