SITUASI 7
Istilah dialek adalah berasal daripada perkataan Yunani iaitu 'dialektos' yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya. Dialek juga mempunyai bentuk yang tertentu dalam kawasan tertentu dan berlainan daripada bentuk standard dari segi sebutan, tatabahasa atau penggunaan kata-kata tertentu, tetapi kelainan tersebut tidak begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa lain. Antara faktor yang menimbulkan dialek adalah terdiri daripada faktor alam, politik, penjajahan dan masa. Demikian pula dengan cara hidup, ekonomi dan sebagainya. Ini juga sebagai cerminan yang terdapat di dalam dialek yang bersangkutan. Pada kali ini, dialek yang ingin difokuskan adalah dialek Kelantan iaitu dialek tanah tumpah darah saya selaku negeri kelahiranku iaitu Kelantan Darul Naim. Negeri yang kaya dengan sumber asli dan merupakan sebuah negeri argraria pertanian yang mempunyai kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan. Ibu negerina pula adalah Kota Bharu, iaitu bandar yang sibuk dengan sebagai pusat tumpuan bagi pentadbiran dan aktiviti perniagaan.
Ejaan
Standard Dialek
Kelantan
Kawan Kawe
Bulan Bule
Terang Teghe
Tenang Tene
Bukan Buke
Tangan Tange
Huruf ‘a’ di belakang kata juga
diganti dengan bunyi ‘o’
Ejaan
Standard Dialek
Kelantan
Apa Gapo
Hamba Ambo
Mana Mano
Perbezaan kata antara dialek
Kelantan dengan Bahasa Melayu Standard.
Ejaan
Standard Dialek
Kelantan
Satu (dua, tiga empat…) Se (dua,
tiga empat…)
Saya Kawe /
ambo
Awak /
Kamu Demo
Bagaimana Guano
Cakap Kecek
Duit Pitih
Gaduh Gocho
Juara Jogho
Kelapa Nyo
Kawan /
sahabat Saing
Sememangnya, penggunaan dialek Kelantan oleh masyarakat Kelantan tidak dapat dipisahkan dengan pertuturan dialeknya. Hal ini demikian kerana ke mana sahaja kita pergi dan berjumpa dengan orang Kelantan, dialek mereka tidak dapat ditinggalkan. Keadaan ini juga sama dengan penutur dialek dari negeri lain. Masing-masing mempertahankan dialek mereka.
No comments:
Post a Comment