SITUASI 5
Alhamdulillah dapat saya bersua lagi dalam laman sesawang ini di pagi yang ceria ini, pagi hari Jumaat. Hari penuh keberkatan dariNya. Dalam kehidupan kita di alam ini, mempunyai saudara-mara dan kaum kerabat yang dapat mewarisi keturunan dari semasa ke semasa yang terdiri daripada ketua keluarga iaitu ayah kita sebagai nakhoda yang menerajui kepimpinan dalam institusi kekeluargaan. Oleh itu, dalam institusi kekeluargaan ini merupakan institusi yang sangat penting, kerana dari sini akan membentuk satu organisasi dan seterusnya membentuk masyarakat yang besar. Maka, dalam institusi kekeluargaan ini juga mempunyai gelaran atau panggilan yang dapat membezakan antara satu sama lain. Kesantunan berbahasa dalam kekeluargaan yang menggunakan bahasa sapaan yang sopan akan menjadikan sesebuah keluarga bertambah harmoni. Kesantunan berbahasa adalah cara sapaan lisan atau bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap biadap atau tidak berbudi bahasa. Hal ini demikian kerana kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Dalam bahasa Melayu yang mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri yang melibatkan penggabungan gelaran, rujukan kehormat dan ganti nama. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. Maka, sapaan dalam instutisi keluarga dapat dilihat seperti berikut yang terbahagi kepada tiga:
Pertama Bahasa sapaan kekeluarga yang mempunyai pertalian darah
|
GAMBAR HIASAN |
misalnya Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Teh, Mak Teh, Pak Cik, Mak Cik dan Pak su, Mak Su. Ini merupakan sapaan yang mempunyai pertalian darah sama ada sebelah bapa atau sebelah ibu.
Kedua, bahasa sapaan yang terdiri daripada gabungan nama kekeluargaan asas, seperti (Abang
(bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada
Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik
dan Kak Cik.
Manakala, sapaan kekeluargaan melalui ikatan perkahwinan pula adalah diwakili
oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua).
Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri
selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long
ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.
Jelaslah menunjukkan bahawa intitusi kekeluargaan juga mempunyai gelaran atau panggilan yang dapat membezakan antara satu sama lain. Panggilan dengan gelaran yang sepatutnya menggambarkan seseorang individu berbudi bahasa dalam intitusi kekeluargaan.
No comments:
Post a Comment