Monday, 5 March 2012

PERTUTURAN KITA

SITUASI  1
Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat ilahi..tuhan pencipta Alam semesta...
Bahasa merupakan wasilah yang amat penting dalam kehidupan kita seharian. Tanpa bahasa lemahlah bangsa. Hal ini demikian kerana bahasa merupakan lambang jati diri bangsa dan menjadi cerminan sesuatu bangsa yang menjadi perantaraan untuk masyarakat berkomunikasi antara satu sama lain. Dengan bahasa juga dapat mengeratkan hubungan sesuatu kaum ataupun masyarakat sesebuah negeri. Mungkin kawan-kawan tertanyaakan kenapa saya menyebut mengenai bahasa kampus. Seperti yang sedia maklum bahawa bahawa bahasa menjadi alat perhubungan dengan seseorang yang lain. Dalam kehidupan kampus, mestilah kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris, iaitu tempat saya mencari dan menuntut ilmu. Kita sering kali bertutur sama ada dengan kawan mahupun pensyarah dalam bilik kuliah. Sementara itu, kawan dalam kelas kita mungkin dari pelbagai negeri dan mempunyai dialek masing-masing. Misalnya pelajar dari Kelantan dengan dialek Kelantan, pelajar dari Perak dan Kedah dengan dialek masing-masing. Dengan bertutur antara satu sama lain yang berbeza negeri dan dialek ini yang merupakan sosiolinguistik yang terdapat dalam kelas tersebut. Sementara itu, apabila kita bercakap dengan kawan yang satu negeri mungkin menggunakan dialek yang sama. Hal ini demikian kerana memudahkan pemahaman dalam komunikasi serta maklumat yang ingin disampaikan kepada rakan kita akan diterima kawan dengan sebaiknya. Saya sendiri mempunyai ramai kawan yang dari pelbagai negeri yang datang dari pelosok Malaysia. Pelajar yang berlainan negeri dan dialek ini akan senang berbicara antara mereka yang sama dialek antara satu sama lain. Keadaan ini membuktikan bahawa kita sayang akan dialek masing-masing namun pertuturan dalam Bahasa Melayu baku tidak kita ketepikan dan pinggirkan.

No comments:

Post a Comment