Harap kawan-kawan sihat selalu. Kalam dimula dengan bahasa kita. Bak kata pepatah bahasa cerminan bangsa. oleh itu, terlebih dahulu jom kita berkenalan dengan sosiolinguistik. Apa itu sosiolinguistik?. Sosiolinguistik
merupakan cabang dari ilmu linguistik yang bersifat antardisiplin yakni
gabungan antara sosiologi dan linguistik. Seperti kita ketahui bersama,
sosiologi adalah ilmu yang mempelajari bagaimana masyarakat itu terjadi,
berlangsung, dan tetap ada. Sedangkan linguistik adalah bidang ilmu yang
mempelajari bahasa. Secara sederhana, sosiolinguistik dapat diertikan
sebagai bidang ilmu antardisiplin yang mempelajari bahasa dalam kaitannya
dengan penggunaan bahasa itu di dalam masyarakat. Namun, bidang sosiolinguistik ini dikenali dengan banyak nama. Antaranya adalah seperti linguitik antrapologi, 'bahasa dalam kebudayaan' dan 'sosiologi bahasa'. Dengan kata mudahnya, bidang ini memperkatakan aspek-aspek perhubungan antara bahasa dengan masyarakat. Jika diambil ungkapan 'bahasa dalam masyarakat' maka dengan jelas akan tergambar bidang yang dicakupi oleh ilmu sosiolinguistik, iaitu meliputi semua aspek bahasa dalam perhubungannya dengan masyarakat. Antara bidang yang diliputi oleh sosiolinguistik iaitu bahasa, dialek dan idiolek, kedwibahasa,profil sosiolinguistik sesuatu masyarakat bahasa, etnologi bahasa, sikap bahasa dan perancangan bahasa. Macam mana kawan-kawan, sudah pasti anda semua sudah mengetahui serba sedikit mengenai sosiolinguistik bahasa.
nice
ReplyDelete