Wednesday 7 March 2012

Bahasa Rojak merosakkan Bahasa



SITUASI 3

Apa itu Bahasa Rojak? Bahasa rojak merupakan suatu percakapan yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Misalnya Manglish, iaitu ketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan sekita lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris. walau bagaimanapun, penggunaan bahasa rojak semakin meluas terutama dalam kalangan remaja di Malaysia, sekali gus akan membimbangkan oran dewasa tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Oleh itu, kerajaan memutuskan bagi melaksanakan penggunaan Bahasa Melayu dengan betul terutamanya dalam sektor swasta dengan tidak menggalakkkan penggunaan bahasa rojak.  


Antara contoh isu penggunaan bahasa rojak ini adalah seperti :
Tv3 telah menukarkan nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh disebabkan oleh kebimbangan orang ramai

Menurut Menteri Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan, nama-nama jalan di Putrajaya seharusnya berpandukan kepada istilah-istilah warisan negara dan bukan menggunakan nama-nama barat seperti Precinct, Boulevard dan Parcel.

Majalah komik seperti majalah Ujang dan Apo menggunakan perkataan atau frasa yang ditulis dalam bahasa rojak.

Trend penggunaan bahasa rojak sebagai sebahagian kata-kata seharian kita. Contohnya ialah ''dorang'', ''kitaorang'', ''glomour'', '' Line-up'', perkataan Melayu yang direka-reka, dipendekkan ataupun kata-kata yang diambil daripada bahasa asing.

Memang tidak dapat dinafikan lagi, penggunaan bahasa rojak dalam kalangan remaja mahupun sektor yang lain semakin meluas. Penggunaan bahasa rojak dalam kehidupan seharian dalam pertuturan mereka sama ada dengan ahli keluarga mahupun  rakan sebaya. Bagi mereka, penggunaan bahasa rojak sudah menjadi kebiasaan dalam komunikasi seharian tidak mengira tempat dan waktu. Keadaan ini akan menjejaskan identiti Bahasa Melayu. Sementara itu, jika dibiarkan bahasa rojak bermaharajalela ini akan menjejaskan perkembangan bahasa Melayu. 

No comments:

Post a Comment