Monday, 12 March 2012

Bahasa SMS

SITUASI 6
ALHAMDULILLAH..Bersyukur kepada Allah swt dapat lagi bersua dalam laman pelangi bahasa saya ini mengenai sosiolinguistik melayu. SMS adalah satu saluran melalui telefon bimbit yang membenarkan pengguna menghantar-menerima mesej. Mesej boleh boleh dihantar dalam ayat penuh dan ejaan lengkap dalam konteks komunikasi formal. Mesej SMS boleh juga dihantar menggunakan kod tertentu yang berbentuk singkatan, ringkasan, akronim, emotikon, ikon, imej, dan simbol dalam konteks tidak formal. Jika hubungan penghantar dan penerima itu akrab. Samada kita suka atau tidak, bahasa SMS terus berkembang dan meningkat bilangnya  meskipun sudah ada teknologi MMS  dalam telefon bimbit pada kebanyakan  orang di Malaysia. Ramai remaja dan belia mempunyai idea kreatif dalam menulis  kod SMS yang unik dan menarik.



 


Kebiasaan pelajar yang menggunakan bahasa singkatan itu akan menyebabkan  ramai pelajar akan terbawa-bawa ketika menulis karangan  subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan, sekali gus akan menjejaskan mutu karangan dan secara tidak langsung akan mempengaruhi jumlah markah. Antara contoh bahasa singkatan yang digunakan adalah seperti berikut Askm, bagi mengantikan Assalamualaikum, tidak (x), yang; (yg), bila; (bla), masa; (mse), saya; (sy), telefon; (tpon/fon), dengan; (ngan/nga), terima (tima), kerana/sebab; (coz) dan banyak lagi bahasa singkatan yang selalu digunakan oleh golongan remaja terutamanya. Golongan ini semakin biasa menggunakan bahasa SMS dalam pelajaran sehingga terbawa-bawa ketika menulis karangan yang akhirnya menjejaskan keputusan peperiksaan dalam subjek Bahasa Melayu. Dulu, penggunaan bahasa singkatan SMS hanya terbatas menerusi telefon bimbit saja, tetapi kini pelajar terdedah kepada teknologi, internet dan laman sembang sosial terutama Facebook. Lama-kelamaan pelajar menjadi biasa menulis jawapan atau mengarang menggunakan singkatan SMS.

No comments:

Post a Comment