SITUASI 4
Alhamdulillah..bersyukur kehadrat ilahi sekali lagi kerana masih memberi kesempatan kepada HambaNya ini untuk mencoret tentang sosiolinguitik Melayu. Dalam kehidupan kita seharian, kita senantiasa atau akan berurusan dengan orang atau pihak-pihak yang tertentu bagi memenuhi kehendak dan melaksanakan projek mahupun urusan kita. Oleh itu, setiap urusan kita akan melibatkan individu yang sepatutnya. Keadaan ini membolehkan kita berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu tersebut. Maka, bahasa pertuturan kita gunakan hendaklah sopan apabila bercakap terutamanya dalam memanggil pihak tertentu. Hal ini demikian kerana masyarakat Melayu sememangnya kaya dengan budi bahasa yang tinggi bak kata pepatah 'budi bahasa budaya kita'. Maka, sewaktu berurusan dengan pihak-pihak tertentu kita hendaklah memanggil individu tersebut dengan panggilan sopan dengan sebaiknya dan mengikut kesesuaian dengan bidang atau jawatan yang disandangnya serta statusnya dalam organisasi kerjanya sama ada dalam bidang koperat mahupun organisasi sosiol.

Di dalam sebuah bank misalnya, apabila kita berurusan dengan pihak yang berkenaan maka sapaan dan panggilan hendaklah sebaiknya. Terdapat ramai pelanggan dan pihak yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perbankan. Kita hendaklah mengetahui panggilan yang menggantikan nama bagi memudahkan urusan untuk berkomunikasi. Bagi pegawai bank misalnya atau kerani panggilan yang sesuai mengikut status dan jawatannya sama ada Tuan, Puan Encik, atau Cik. Bagi orang lelaki yang bekerja di situ, sepatutnya kita memanggil dengan panggilan Encik atau Tuan, tidak pula memanggil dengan panggilan Pak Cik walaupun beliau sudah berusia kerana tidak sesuai dalam konteks bidang yang diceburinya. Begitu juga dengan wanita, panggilan yang sesuai adalah sama ada Puan atau Cik. Bagi panggilan puan adalah untuk wanita yang sudah berkeluarga atau yang sudah berkahwin dan sebaliknya bagi panggilan Cik pula untuk wanita yang tidak berkahwin lagi. Ini mengikut status individu tersebut.
Namun, panggilan Mak Cik atau kak tidak berapa sesuai dalam komunikasi urusan yang rasmi. Keadaan ini juga, dalam bidang atau sektor lain juga hendaklah memanggil dengan panggilan sopan dan sesui dengan status dan jawatan yang disandangnya. Misalnya juga dalam bidang pendidikan terutamanya di IPTA/IPTS, ramai tenaga pengajar yang berjawatan tinggi antaranya adalah seperti gelaran yang mendapat Profesor Madya atau Dr. Selaku pelajar, hendaklah memanggil mereka dengan gelaran yang sepatutnya tidak sesuka hati.
Demikianlah, bahawa kita sememangnya kaya dengan nilai-nilai dan bahasa yang sopan. Maka apa yang kita ada adalah untuk digunakan bagi menambahkan lagi suburnya bahasa kita.

No comments:
Post a Comment