Alhamdulillah...Bersyukur kehadrat Ilahi lagi......
Manakala ciri-ciri linguistik pula bermaksud unsur-unsur sistem
bahasa itu, iaitu aspek bunyinya, aspek perkataannya serta aspek frasa dan
ayatnya. Aspek
bunyi-nada suara (drama, ucapan). Aspek
perkataan-perkataan khusus berdasarkan bidang, unsir kolokasi (dua perkataan
yang berkaitan), perkataan pinjaman dan aspek
ayat, dari segi binaan, susunan, dan panjang ayat.
Dalam bahasa Melayu terdapat beberapa laras yang mempunyai format tersendiri antaranya seprti laras undang-undang (akta), laras ucapan, laras iklan (tender), laras laporan berita dalam akbar dan sebagainya . Contoh laras bahasa yang sering digunakan dalam bidang-bidang tertentu.
LARAS UNDANG-UNDANG.
Teks yang berkaitan dengan perundangan. Mengandungi prinsip undang-undang dan berbentuk akta iaitu terbahagi kepada bahagian dan seksyen. Penggunaan istilah-istilah yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. Makna kosa kata yang digunakan berdasarkan interprestasi serta tidak mementingkan struktur ayat tetapi sangat mementingkan kerpersisan dan kejelasan. Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat. Lazimnya menggunakan binaan ayat panjang. Contohnya:
Setelah saman disampaikan dan catatera penyampaian dibuat, pendaftran harus meberi notis kepada plaintif atau peguamnya mengenai hal itu dan mengenai cara saman itu disampaikann.
LARAS BAHASA SAINS
Laras bahasa ilmiah dan bersifat formal sera tidak menggunakan bahasa basahan. Bersifat intekelektual, saintifik, formal dan objektif. Maklumat yang diberikan berdasarkan kajian dan faktas. ementingkan kejelasan dan ketepatan fakta. Larasa bahasa sains ini banyak menggunakan isitilah sains dan teknikal serta penggunaan istilah-istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris.
Contoh laras bahasa Sains:
Air hujan, secara semulajadinya berasid sedikit kerana tindak balasnya dengan gas karbon dioksida dalam atmosfera untuk membenuk asid karbonik. NIlai pH air hujan ialah 5.6
LARAS BAHASA AGAMA
Laras yang membincangkan soal agama. Penggunanaan istilah agama yang dipinjam daripada bahasa arab. Terdapat petikan al-quran dan h hadis. Struktur ayat yang digunakan banyak dipengaruhi oleh struktur ayat bahasa Arab serta terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat yang bertujuan memberi pengajaran kepada masyarakat.
Contoh laras bahasa agama:
Syurga dalam bahasa Arab disebut sebagai ''al-jannah'' yang bermaksdu sebuah taman yang indah, penuh dengan pelbagai nikmat dan keselesaan....
LAIN BIDANG LAIN BAHASANYA....:)
Struktur ayat yang digunakan banyak dipengaruhi oleh struktur ayat bahasa Arab serta terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat yang bertujuan memberi pengajaran kepada masyarakat....apa mksdnya ???
ReplyDeleteboleh tak bagitau sumber ni dari mana.. nak gunakan untuk bibliografi.. terima kasih..
ReplyDelete