Apa itu Bahasa Rahsia?
Bahasa Rahsia adalah bahasa yang digunakam untuk perisikan, pengedaran dadah dan lain-lain. Bahasa rahsia ini memang sengaja dibuat demikian supaya dapat disimpan kerahsiaan kegiatan mereka agar orang atau masyarakat di sekelilingi tidak dapat mengetahuinya.
Siapa pula yang menggunakan bahasa Rahsia ini..?
Walau bagaimanapun, bukan perisik, orang yang terlibat dalam pengedaran dadah sahaja yang menggunakan bahasa rahsia, malah kita juga kadang-kala ada menggunakan bahasa rahsia. Misalnya golongan remaja banyak menggunakan bahasa rahsia apabila bertutur antara satu sama lain. Penggunaan bahasa Rahsia dapat mengelak daripada menguris perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana bukan semua orang akan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh rakan mereka. Bahasa rahsia hanya direka untuk kegunaan peribadi dan orang yang rapat dengan remaja itu sahaja yang dapat memahami makna yang ingin disampaikan olehnya kerana dianggap suatu yang peribadi dan tidak mahu orang lain mengetahuinya.
wari wini waku walas wergi wedai.
Adakah anda faham maksud ayat tersebut..?
Maksud ayat tersebut adalah Hari ini aku malas pergi ke kedai.
wari wini waku walas wergi wedai.
Adakah anda faham maksud ayat tersebut..?
Maksud ayat tersebut adalah Hari ini aku malas pergi ke kedai.
Dufulifu sefelafalufu cafakapfak bafahafasafa camfamnifi
Adakah anda faham pula dengan ayat ini?
Maksudnya adalah Akulah gadis itu. Selagi aku hidup aku akan belajar dan terus belajar.
Bagi saya, bahasa rahsia ini yang digunakan oleh sesetengah golongan ini sangat unik. Mereka dapat mencipta bahasa yang hanya dapat difahami oleh orang-orang yang tertentu sahaja. Walaupun bahasa rahsia ini tidak diiktiraf sebagai bahasa yang menjadi pertuturan masyarakat tetapi sekurang-kurangnya menjadi medium perhubungan antara individu yang memahami maknanya. Namun, penggunaan bahasa rahsia yang berleluasa dalam kalangan remaja tidak berapa elok kerana ini akan menjejaskan penggunaan bahasa Melayu Baku.
No comments:
Post a Comment