Wednesday, 14 March 2012

BAHASA SLANGA DAN REMAJA SEKARANG

SITUASI 8




Bahasa slanga merupakaka kosa kata yang tidak  baku, tidak standard berubah-rubah secara umum berbeza dengan kosa kata lainnya. Slanga sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untk berkomunikasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja. Penggunaan bahasa slanga yang bukan sahaja digunakan dalam percakapan tetapi juga dalam penulisan. Penulisan-penulisan yang digunakan  dalam sesebuah buku terutamanya dalam bacaan ringan seperti komik telah terpengaruh dalam bahasa slanga. Penggunaan bahasa slanga dalam sesebuah buku juga menyebabkan ramai remaja dan kanak-kanak akan terpengaruh dan menggunakan bahasa ini dalam pertuturan mereka. Antara contoh bahasa slanga yang sering digunakan oleh golongan remaja kita pada hari ini adalah seperti berikut :

BAHASA SLANGA
MAKSUD
CONTOH AYAT
Usha/ Ushar
Pandang/ tengok sesuatu . Perkataan ini
digunakan bagi memikat lelaki atau gadis
Aku nak usha awek tu la..

Tibai/Bebal
Pukul tetapi boleh juga membawa maksud main hentam
Tibai jela jawapan dier..!
Sekodeng/Skodeng
Intai
Ko skodeng sape tu..?
Sengkek
Tidak Berduit
Aku dah sengkek ni
Senggal
Bermaksud lenguh-lenguh, tetapi disalahgunakan remaja bermaksud entah apa-apa.
Eh, sengal lah kau ni
Rembat
Sepakan/ tendangan tapi beleh jadi maksud mencuri
Ko rembat jelah beg duit kawan ko tu.
Poyo
Membangga diri
 Ah, poyo la ko ni
Kantoi
Teruk/pecah rahsia sesuatu yang disembunyikan
Alamak Math aku kantoi la plak..
Kerek
Berlagak atau berlagak power
Apasal ko kerek sangat dengan aku haa…
Siot/ siut
Entah apa-apa . Kadaang-kadang boleh menjadi perkataan terakhir sesuatu ayat.
Ah, siot la ko ni, untung aku bile nak bayar.
Pecer/apecer
Singkatan apa cerita
Pecer ko sekarang
masyuk
Pendapatan yang lumayan/serasi pun boleh
Masyuk betul budak tu, hari-hari income 8 juta.
Derr
Perkataan baru yang bermaksud dier apa, mungkin kata ganti diri
Aku nak out ni derr..

Penggunaan bahasa slanga ini, yang digunakan oleh golongan remaja sudah menjadi trend apabila berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka. Namun, penggunaan bahasa slanga oleh golongan pemuda-pemudi ini menyebabkan masyarakat lain dan berpengalaman tidak dapat memahami maksud yang ingin disampaikan mereka. Keadaan ini hanya golongan sosial mereka sahaja yang dapat memahami antara satu sama lain. Hal ini jelas memperlihatkan kemajuan teknologi telah membawa perubahan dalam pertuturan anak-anak muda pada zaman sekarang tidak seperti golongan pada zaman dahulu yang kaya dengan nilai-nilai sopan santun dan khazanah sastera seperti pantun, sajak, syair, peribahasa dan lain-lain. Penggunaan bahasa Slanga dalam kalangan remaja ini telah membuktikan bahawa remaja kini sangat hampir dengan bahasa Slanga. Memang tidak dapat dinafikan bahawa bukan semua  golongan remaja yang menggunakan bahasa Slanga namun masih lagi yang setia akan bahasa baku iaitu bahasa Melayu tinggi.

3 comments: