Thursday, 22 March 2012

GAYA BAHASA BERDASARKAN NADA

SITUASI 14
Alhamdulillah segala puji bagi ilahi.....
Topik pada kali ini adalah membincangkan gaya bahasa berdasarkan nada yang dipertuturkan oleh masyarakat dan individu itu sendiri. Sesuatu pernyataan bahasa, sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan adalah mengandungi nada yang tertentu. Berdasarkan nada Gorys Keraf (1981) mengenal pasti ada tiga  gaya bahasa, iaitu gaya yang sederhana, gaya yang mulia dan bertenaga, dan gaya yang menengah. Suasana yang ingin ditimbulkan oleh seseorang yang menggunakan bahasa adalah menghasilkan nada, dan nada yang wujud melalui susunan kata yang sesuai. 

Gaya yang sederhana adalah digunakan untuk memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah dan sebagainya. Ciri utama gaya ini ialah bersifat kesederhanaan, yang berdasarka tujuan untuk menyampaikan maklumat, bahasa untuk menyentuh perasaan atau menghasilkan suasana tertentu. 


Siapakah yang selalu menggunakan gaya bahasa sederhana??..


CERAMAH


Manakala gaya yang mulia dan bertenga pula bertujuan untuk menggerakkan pendengar atau pembaca ke arah satu tindakan. Oleh itu gaya ini menekankan aspek tenaga yang ada pada bahasa melalui susunan kata-kata tertentu. Gaya ini biasanya digunakan oleh pemidato yang bertujuan  menggerakkan pengikutnya melakukan sesuatu. Gaya yang sama juga terdapat dalam ucapan-ucapan isu penting, khutbah dan situasi-situasi yang beremosi seperti ucapan politik sewaktu berkempen. 

Seterusnya adalah gaya menengah, iaitu gaya yang diarahkan kepada usaha untuk  menimbulkan suasana tenang dan damai. Nadanya bersifat lemah lembut, penuh kasih sayang dan mengandungi unsur lucu (humour) yang sihat. Antara situasi yang menimbulkan penggunaan gaya ini seperti berpesta dan rekreasi. Oleh sebab, sifatnya yang lemah lembut dan sopan santun, maka gaya ini biasanya menggunakan unsur metafora dan perlambangan. 


No comments:

Post a Comment