Bahasa slanga merupakaka kosa kata yang tidak baku, tidak standard berubah-rubah secara umum berbeza dengan kosa kata lainnya. Slanga sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untk berkomunikasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja. Penggunaan bahasa slanga yang bukan sahaja digunakan dalam percakapan tetapi juga dalam penulisan. Penulisan-penulisan yang digunakan dalam sesebuah buku terutamanya dalam bacaan ringan seperti komik telah terpengaruh dalam bahasa slanga. Penggunaan bahasa slanga dalam sesebuah buku juga menyebabkan ramai remaja dan kanak-kanak akan terpengaruh dan menggunakan bahasa ini dalam pertuturan mereka. Antara contoh bahasa slanga yang sering digunakan oleh golongan remaja kita pada hari ini adalah seperti berikut :
BAHASA
SLANGA
|
MAKSUD
|
CONTOH
AYAT
|
Usha/
Ushar
|
Pandang/
tengok sesuatu . Perkataan ini
digunakan
bagi memikat lelaki atau gadis
|
Aku
nak usha awek tu la..
|
Tibai/Bebal
|
Pukul
tetapi boleh juga membawa maksud main hentam
|
Tibai jela jawapan dier..!
|
Sekodeng/Skodeng
|
Intai
|
Ko
skodeng sape tu..?
|
Sengkek
|
Tidak
Berduit
|
Aku
dah sengkek ni
|
Senggal
|
Bermaksud
lenguh-lenguh, tetapi disalahgunakan remaja bermaksud entah apa-apa.
|
Eh,
sengal lah kau ni
|
Rembat
|
Sepakan/
tendangan tapi beleh jadi maksud mencuri
|
Ko
rembat jelah beg duit kawan ko tu.
|
Poyo
|
Membangga
diri
|
Ah, poyo la ko ni
|
Kantoi
|
Teruk/pecah
rahsia sesuatu yang disembunyikan
|
Alamak
Math aku kantoi la plak..
|
Kerek
|
Berlagak
atau berlagak power
|
Apasal
ko kerek sangat dengan aku haa…
|
Siot/
siut
|
Entah
apa-apa . Kadaang-kadang boleh menjadi perkataan terakhir sesuatu ayat.
|
Ah,
siot la ko ni, untung aku bile nak bayar.
|
Pecer/apecer
|
Singkatan
apa cerita
|
Pecer
ko sekarang
|
masyuk
|
Pendapatan
yang lumayan/serasi pun boleh
|
Masyuk
betul budak tu, hari-hari income 8 juta.
|
Derr
|
Perkataan
baru yang bermaksud dier apa, mungkin kata ganti diri
|
Aku
nak out ni derr..
|
terima kasih. sangat membantu
ReplyDeleteushar 2 bahasa arab.. tengok
ReplyDeleteushar 2 bahasa arab.. tengok
ReplyDelete